Salam Selasa dan selamat petang semua... pastinya sedang berehat rehat selepas makan tengahari kan... selalunya bila perut sudah kenyang mata mula me...layu... tetapi harus diingat tidur selepas makan tidak baik untuk kesihatan... selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. Ingat tu!
Musim musim hujan begini perut selalu keroncong kan.... kalau pekena cucur panas panas cicah sos atau sambal tumis tentu sedap... sambil makan sambil menikmati lagu keroncong untuk Ana dendangan M.Nasir... jom kita ke dapor gee-hut...
CUCUR BILIS
Bahan-bahan :
Tepung gandum
Ikan bilis - tumbuk sedikit
Garam
Bawang - dihirs halus
Daun kucai - dipotong pendek
Lobak merah - dihirisan halus
Air panas
Sedikit serbuk ikan bilis
Cili merah - hiris
Caranya :
Campur semua bahan kecuali air panas. Gaul rata. kemudian buatkan bulatan di tengah tengah bancuhan tepung tersebut dan tuang air panas dan terus kacau tepung dengan pantas.
Panaskan kuali dengan minyak penuh dan goreng.
Enak dicicah sos cili atau sambal kegemaran.
Cucur bilis cicah sambal tumis semalam daaaa.....
layannnn..!!
4 comments:
emmm...dapnya. lapor ni mkn choc merci jek ni.
sdpnya kalau dpt mkn waktu ptg2 mcm ni...
Salam kak gee.. tu laa, mmg lapar manjang skrg nih.. sabo je laa.. cucur bilis mmg makanan rasmi umah nih, hasben tun peminat setia cucur bilis. hihi
cantik bekas sambal tumis tu..terpegun sekejap.
Post a Comment