Friday, November 22, 2013

Puding trifle kasturi


Salam Jumaat dan salam ceria semua... Sedap tak nama puding k.gee...? Puding trifle kasturi... kek swiss roll blueberry di lapisan bawah, cocktail, kastad, buah-buahan segar dan atas sekali jeli perisa limau kasturi.... ermmm wallaah...!!


Puding ini dah lama k.gee buat sebenarnya... menu hari raya korban baru-baru ini... kebetulan dapat lamaran dari majalah Saji, jadi k.gee simpan dulu sebelum post di blog... cuma ada sedikit ralat sebab resipi di majalah Saji ada kesilapan teknik sikit... so hari ini k.gee kongsikan resipinya yer...

PUDING TRIFLE KASTURI

Bahan-bahan :

1 biji kek swiss roll
1 tin buah cocktail
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
2-3 sudu gula
Buah-buahan segar
1 paket jeli perisa limau kasturi (k.gee guna jenama Nona)

Cara menyediakan :

Untuk membuat kastad :  Masukkan susu cair dan tepung kastad ke dalam periuk.  Tambahkan sedikit air, gula dan sirap dari cocktail buah-buahan. Didihkan sehingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul

Potong kek swiss roll dan aturkan di dalam loyang atau kaserol.  Susunkan buah-buah-buahan cocktail di atas susunan kek tadi.  Tuangkan kastad.  Susun pula buah-buahan segar yang dipotong kecil di atas kastad. K.gee gunakan buah kiwi, strawberi dan anggur hijau.

Panaskan pula 1 1/2 cawan air sehingga mendidih, kemudian tuangkan serbuk jeli.  Kacau rata dan curahkan ke atas kastad tadi.  Sejukkan puding di dalam peti ais sebelum dihidangkan. 


Sedapnya layan puding petang-petang begini kan....

9 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang cantik namanya.. pastu tengok tayangannya dah tergoda Gee... rasa nak minta jer satu cup tu...

Macam nak jer macam nak jer ehe :)

syapex said...

menarik & npak sdap...
: )

rostina76 said...

salam k.gee……huhu!!!!tak perasan dah nama best ke tak sbb mata terus terpaku dgn kehijauan jelly ni. Ya ALLAH!!!!!terliurnyeeeee

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...Gee tergOda sungguh saya dgn kehijauan buah kiwi tu...

Cheq Sue said...

amboi... tergoda aih... sesejuk ni kalau dapat secawan tu sedap jugak kak gee

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

mesti sedap pudding trifle dengan rasa kasturi..fresh rasanya.

FnF Centre said...

Sedapnya..boleh try buat ni...tq sbb share resepi..

http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

Suzana Ibrahim said...

As-Salam Gee,nanti nak buatlah puding ni bila kemarau melanda di Kota Bharu ni,sekarang ni musim hujan, sejukkk....

ibundo said...

mak oi.. meleleh.
meleleh air lio.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015