Tuesday, November 19, 2013

Laksa penang


Aaaa....iiiiiii.....eeeee....uuuuuu.... apa tu? k.gee jadi guru tadika ke....? atau k.gee sakit tekak.... atau k.gee masuk odition suara... no!no!no! bukan bukan semuanya bukan.... 


Yang sebenarnya k.gee tak ada idea nak bercerita hari ini... cuma k.gee nak kongsikan resipi laksa penang yang k.gee buat minggu lepas sebab malas nak masak lauk.... buat laksa seperiuk besar makan dari pagi sampai petang..... hehehe.... mood malas


LAKSA PENANG
Bahan-bahan

1 kg laksa - direndam kemudian celur hingga lembut
1 kg ikan selayang/kembung
5-6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2-3 kuntum bunga kantan dibelah dua
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

3-4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili api (kalau tak suka pedas tak perlu tambah)
Beberapa tangkai cili kering - rebus dan kisar

Bahan ulaman/sampingan

Timun dipotong nipis dan memanjang
Cili padi/cili merah dihiris
Bawang merah dihiris
Telur rebus
Limau nipis/kasturi di belah dua

Cara-cara :

1. Ikan dibersihkan dan rebus hingga masak. Angkat, sejukkan dan buang tulang ikan.  Kemudian kisar halus.

2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan sedikit belacan.  Jika suka boleh tambahkan serbuk perasa atau kiub ikan bilis.

3. Kemudian masukkan garam secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.



Favourite k.gee ni... anda juga?

9 comments:

Lela said...

As salam... salam kenalan. Feveret nie...harus tghr nie cr gak.

Mori Said said...

Hi Gee... sedap tengok laksa tu...favourite anak pompuan mori... cuma mama nya ni kurang rajin nk buat...malas nak mancarik isi ikan..hehehe..

hazila said...

Salam Kak G,
Dah lama tak buat laksa kat rumah. Tapi kalau buat saya memang suka guna ikan selayang atau ada org panggil ikan sardin.

Umie Jazz said...

Assalamualaikum...
amboi G..tayang laksa ek...aduhai kecur airliur...=)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Gee dah lama tak buat ni... nak semangkuk gee ehe ;)

Bbwana adienia said...

salam kak gee..

wah, ni peberet saya ni kak..paling suka makan buatan mama..memang sedap dan terangkat..

Amie said...

Gee... lama kita tak makan laksa, lama juga tak buat laksa... kalaulah ada depan mata, maunya habis 3 mangkuk tau!

mama sara nur said...

assalam k.gee
wow sedappp nya laksa
lama x makan he hee suker suker
samalah kalu wat laksa memang seharian makan laksa je x yah nasi dah

zila norazila said...

Sedap nie kak..klu mkn mesti nk lebih kuah..bru best.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015