Saturday, November 2, 2013

Ombre ombak rindu... buat kekasih


Selamat berhujung minggu dan Happy Deepavali buat rakan India yang meraikannya.... dan selamat berjuang buat wira-wira skuad Tok Gajah yang akan bertarung menentang the Red Warrior esok... go! go! Tok Gajah... pastikan Piala Malaysia milik kita...   


Kek ombre ombak rindu ini pula khas buat warrior k.gee yang tercinta... hehehe... walaupun rupa kek nya comot dan indah nama dari rupa... tapi k.gee tetap bangga dapat menyediakan kek sempena hari lahir insan tersayang... Semoga kebahagiaan menjadi milik kami hingga ke syurga yang kekal abadi.... amin...aminnn Ya Allah...


KEK OMBRE OMBAK RINDU
Sumber Ilham : Ita Masam Manis
Resipi : ABM

BAHAN BAHAN


(18cm loyang)

Bahan kek :

350g tepung naik sendiri - diayak
(atau tepung gandum+1 sudu besar baking powder)

1/2 sudu kecil garam (kalau pakai salted butter, skip)

230 butter (kalau boleh pakai unsalted) - di suhu bilik

300g gula kastor

4 biji telur

2 sudu kecil esen vanilla

240ml susu segar (ABM guna buttermilk)

pewarna biru (ABM guna warna biru dan turquoise)

Frosting :

400ml whipping cream

100g cream cheese

3-4 sudu besar gula

pewarna biru


CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.

2. Pukul butter sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Lebih kurang 2-3 minit.

3. MAsukkan telur satu demi satu sementara memukul adunan. Masukkan pula esen vanilla dan pukul sebati.

4. Gunakan speed rendah, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar/buttermilk. tepung-susu-tepung-susu-tepung. Jangan overmix adunan.

5. Bahagikan adunan sebanyak 4 bahagian. Masukkan pewarna. Pastikan ada kelainan setiap adunan untuk menampakkan "ombre". Masukkan didalam loyang.

6. Bakar setiap lapisan selama 20-25 minit. Buat sehingga siap.

7. Sejukkan dulu barulah di frosting.

frosting

1. Pukul cream cheese sehingga berkrim. Masukkan gula dan pukul sebati.

2. Masukkan pula whipping cream dan pukul sehingga kental. Jangan overmix juga.

3. Hias kek ikut keinginan masing2.



Terima kasih kepada 'chef' muda ABM dan 'chef' tersohor Ita Masam Manis yang mengilhamkan k.gee membaking kek berwarna biru ini... romantik kan... ahai! 


Ombre ombak rindu....?
hehehe... yang penting... bahagia...
kan Laling!!!


6 comments:

syapex said...

sy pn bt kek warna biru jgk....

ibundo said...

salam gee. nak mintak sepotong boleh? dah lama tak buat cake ni..

mama sara nur said...

assalam k.gee
berwajah barulah dapur ,cantikk

suka biru gini lembut damai je kan
kelembutannya terserlah emmm sedappp pastinya
lapisan tu tak perlu lain2 loyang ye k gee?

Faeez said...

Luarnya aje yg comot sikit, yg didalam tu, cantik skali... Apa pun, yg penting abang tu mesti suka kek air tangan isteri... :)

rostina76 said...

k.gee….cantiknye. mesti gumbira org tersayang k.gee makan kek ni.

ady said...

salam kak gee..
cantik sgt2..nak sepotong plssss..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015