Thursday, November 14, 2013

Kek Lemon Peekaboo


Sebenarnya tak ada yang istimewa pada kek peekaboo ini sebab ianya hanyalah kek yang biasa sahaja.... di dalamnya yang berwarna merah dan berbentuk hati tu kek red velvet dan di luarnya kek span lemon yang selalu k.gee buat... cuma ianya k.gee buat untuk insan yang istimewa sempena hari istimewa iaitu sempena ulangtahun perkahwinan kami tempohari....


Encik laling k.gee tu memang kurang gemar kek yang berkrim... samalah dengan anak2.... mereka lebih sukakan kek yang simple sahaja... idea membaking kek peekaboo ini datang kebetulan sahaja... sehari sebelumnya k.gee buatkan red velvet cupcake untuk bekalan anak k.gee mengikut rombongan sekolahnya ke Pulau Pinang... ada berbaki beberapa biji di rumah yang tak berusik... keesokkannya k.gee godek pula kek span lemon dan gabungkan keduanya dalam satu kek.... taraaaa!!! cantik kan.... heeeeee  



KEK LEMON PEEKABOO

Bahan-bahan :

Kek red velvet secukupnya - tekap acuan bentuk hati

400 gm sponge cake mix
5 biji telur
80 ml air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil air lemon
80 ml minyak jagung

Cara-cara :

1. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak. Susunkan kek red velvet berbentuk hati di tengahnya.  Cara2 boleh tengok di SINI atau SINI.  Ketepikan.

2. Masukkan tepung sponge came mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan jus lemon dan putar perlahan.

3. Masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan minyak jagung perlahan-lahan.

5. Tuangkan adunan ke dalam acuan menutupi kek bentuk hati tadi. 

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong



Kek anniversary di pagi hari.... aci tak?
hehehe...


4 comments:

ain sweet thots said...

mcm sedap je gabungan kek ni kak. tingin gak nk cuba ni

tun_telani said...

comel sangatt.. mmg sesuai la jd kek anniversary ^^

CQUEK said...

i like the heart inside. very creative.

zila norazila said...

Cantiknye kak gee.siap ada heart lg..kecurr

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015