Salam pagi Khamis dan salam ceria semua... Menu simple dari dapor gee-hut hari ini... daging goreng lada hitam... ini menu hari raya korban itu hari... hehehe sudah terperap lama baru nak post.. sebenarnya ini antara resipi yang rersiar dalam majalah Saji baru-baru ini dengan tema majlis kenduri kendara.... menu daging memang sesuai untuk majlis kenduri kan....
K.gee memang gemarkan daging dimasak begini... bukan sahaja boleh dimakan bersama nasi, pulut atau roti pun boleh... nak digandingkan dengan nasi impit ke ketupat ke boleh juga... kadang2 tu boleh meratah lagi... walaupun pedas sedikit tapi sesuai dengan citarasa k.gee dan keluarga lebih2 lagi encik hb yg memang 'hantu'pedas...
DAGING GORENG LADA HITAM
300 gm daging lembu
3 sudu makan minyak masak
1 tangkai daun bawang
1 biji bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih
2 inci halia muda dimayang
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
4-5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Cara :
Daging dibasuh dan direbus hingga empuk. Angkat dan ketepikan dan simpan air rebusannya. Potong daging nipis-nipis.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
Masukkan daging dan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kacau rata. Masukkan air rebusan daging secukupnya.
Apabila telah pekat dan rata masukkan garam, gula, sos tiram dan kicap manis. Taburkan daun bawang dan cili padi. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Pedas tapi lazat.... cubalah
4 comments:
Assalamualaikum Gee sdap dan menyelerakan....
Salam kak gee.. lagi pedas lagi sedap nihhh.. :)
Gee... aku masak kicap hati lembu... sama je kan... daging & hati = hasilnya hitam manis he he heheh
sedapnya.....kena buat jgk ni
Post a Comment