Alhamdulillah... percutian 10 hari 10 destinasi k.gee dan keluarga berakhir semalam.... percutian bermula 13 Disember 2013 dan tepat jam 3.00 petang 22 Dis 2013 kami selamat sampai ke rumah... sangat gembira dapat bercuti bersama suami dan anak-anak ke sebelah utara.... pakej percutian 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi dan disusuli dengan beberapa destinasi lain seperti Cameron Highlands, Wang Kelian, Sg Petani, Alor Setar, Pendang, Teloi Timur dan sempat singgah ke KL seketika... seronoknyaaaa cuti-cuti Malaysia.....!!
Hari ini tuan rumah kena pergi shopping barang-barang dapur sebab semuanya sudah kehabisan stok... maklumlah 10 hari gantung periuk kaaann...!! hehehe.... nak mulakan kerja di pejabat pun agak liat sikit... masih terkenang-kenang pengalaman menaiki cable car di Langkawi hari tu... pergh! kecut perut dibuatnya tapi orang kata kalau tak cuba tak tahu kan... ngeri tau....!!
Oklah kita tinggalkan dulu kisah cuti-cuti Malaysia tu... hari ini k.gee hidangkan wajik sebagai menu pembuka tirai setelah 10 hari dapur berhabuk... hehehe... Wajik ini adalah satu lagi resipi k.gee yang dimuatkan dalam majalah Saji Disember 2013... memang sesuai untuk majlis kesyukuran, kenduri kendara, dan sebagainya. Ini resipi turun temurun dari bonda k.gee...
RESIPI WAJIK
1 kg beras pulut
1 kg santan kelapa
400 gm gula pasir
200 gm gula merah - masak bersama semangkuk air
Secubit garam
Daun pandan
Caranya :
1. Pulut direndam semalaman, toskan. Kukus selama 15-20 minit. Ketepikan.
2. Sediakan kuali, masukkan santan, air gula merah, gula pasir, secubit garam dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
3. Apabila sudah pekat, tuangkan pulut yang sudah dikukus tadi dan gaul sebati. kacau sehingga pekat dan likat.
4. Tuang ke dalam bekas atau acuan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidangkan.
Jemput makan wajik...
3 comments:
Rindu pulak akak wajik mak di kg, bila tengok wajik Gee yg mengancam ni :)
bunga sakura berguguran disini. hehehe
pernah saya rasa wajik yg paling best kat satu bazar ramadoon 10tahun yg lampau. lembut manis2 buah m rasa durian. apa kata akak bagi saaya rasa skit versi akak ni. sila sila
salam
sedapnye wajikkkkkkkk..
Post a Comment