Assalamualaikum... pagi-pagi layan pulut kuning aci tak? ini menu minggu lepas semasa anak-anak cuti sekolah... k.gee sediakan pulut kuning bersama sambal tumis ikan bilis dan rendang ayam... tapi rendang tak sempat nak berposing sudah licin dikerjakan anak-anak... k.gee lebih gemarkan pulut cicah sambal tumis... teringat pulut kuning sambal tumis nenda di pagi raya.... memang sedap... kalau pulut sudah habis sambal dimakan pula dengan nasi putih... pergh! fengsan...
PULUT KUNING
Bahan-bahan
1 kg beras pulut - basuh dan rendam semalaman. Tambahkn sedikit kunyit serbuk dan 2 keping asam gelugor.
3 cawan santan - campurkan sedikit garam
Cara ;
- panaskan air kukusan dan kukus pulut lebih kurang 15 minit.
- angkat dan gaulkan dgn santan hingga sebati dan pulut lembut.
- jika suka boleh kukus sekali lagi supaya lebih tahan lama.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan-bahannya:
100 gram ikan bilis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:
10-20 tangkai cili kering - rebus terlebih dahulu
10-15 ekor ikan bilis
1 biji bawang besar
2 inci belacan
Penyediaannya:
1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Goreng bilis sekejap. Angkat dan toskan.
2. Gunakan kuali dan minyak yang sama, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau dan terbit minyak.
3. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian masukkan gula, garam, air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masak sehingga kuah mendidih.
4. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar, kacau seketika dan bolehlah ditutup api.
Sedia dinikmati.... jemputlah...
4 comments:
sedapnya.sesekali mkn pulut...kalau ada serunding pun ok gak!
lamanya tak berblog dan merayau kat daur kawankaqwan. Sedap namak ulut ni dan teringin pulak...
comeynye pulut tu....
Cantiknya pulut. Esok pg nak pulut la.
Jemput blogwalking ke blog saya mamaashraf.blogspot.com
Post a Comment