Wednesday, July 16, 2014

Mee goreng mamak


Mak..! nak makan ayam... mak..! nak makan ikan... mak..! nak sup... mak..! nak nasi... mak..! nak mee... Subhanallah.... Allah telah kurniakan tenaga dan akal ajaib buat para ibu dan surirumah.... setiap hari dianugerahkan kreativiti dan kehebatan untuk menyediakan juadah iftar istimewa buat anak-anak dan keluarga tersayang... walaupun kadang-kadang terpaksa menyusun langkah seribu bersilat dan berdondang sayang di dapur mengejar masa sebelum azan maghrib berkumandang... dan lagi ajaib bukan sahaja 3,4 juadah terhidang malah sempat lagi 'menembak' dua tiga das... hehehe... Subhanallah... memang ajaib bulan Ramadhan kan...  


MEE GORENG MAMAK
Resipi : Potret Kasih, Chef Hanieliza

■500 gm mee kuning


■100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )

■100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)

■4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )

■1 cawan taugeh

■1 mangkuk sawi [potong kecil]

■3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih

■1 sudu rempah kari

■3 sudu kicap pekat

■3 sudu sos tomato/cili – saya tambah

■2 sudu minyak masak

■1 labu bawang besar [cincang halus]

■1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur

■3 biji cili hijau [hiris nipis]

■1 kiub ayam/daging – saya tambah


Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.

2. Masukkan daging dan kacau rata.

3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.

4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.

5. Masukkan taugeh dan sawi.

6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.

7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.

8. Masakkan mee agak kering.

9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.



Selamat memasak....

2 comments:

Nani said...

wah..sedapnya...sempat lagi berbagai2 di dapur tu demi keluarga tersayang, syukur Alhamdulillah...

Ayu said...

mee goreng mamak, memang sedap!..
kita suka tambah kentang rebus..;)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015