Salam Jumaat.
Juadah berbuka istimewa apa hari ini? Ada yang gemar berbuka dengan kuih muih... ada pulak yang terus hidangan berat seperti nasi, lauk pauk, mee dan sebagainya... kak gee gemar berbuka dengan manisan seperti bubur, kuih muih atau agar-agar terutama bubur kacang atau pengat pisang.... biasanya k.gee akan masak bubur untuk stok 2,3 hari dan dinginkan dalam peti ais...ummphh...! nyamannya...
Encik hubby pula sukakan kuih yg pedas dan masin... paling digemari kuih cucur badak, karipap, popia dan murtabak... Hari ini k.gee kongsikan resipi popia sayur yang k.gee buat baru-baru ini untuk encik hubby... jom layan...
POPIA
Bahan-bahan :
Kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis, kacang panjang dsb.
Telur
Bawang putih - cincang halus
Caranya :
1. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul.
4. Masukkan garam.
5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.
6. Ambil kulit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung. Buat sehingga habis.
7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.
Jom buat popia...
7 comments:
cantiknya popia... kak rose punya bila goreng kulit tu pecah, mencik tau!
Gee guna kulit popia brand apa ya? yg kak rose punya tu spring home brand. nipis ya amat2!
Kak Rose > Gee guna kulit popia brand KG Pastry... kulitnya liat sikit dan tak mudah koyak...
Alai hai sedapnya popia goreng...nk buat nk simpan stok byk dlm peti..nk mkn goreng je
Menggoda betullah tengok gambar popia tu...:)
Salam kak gee... popia mmg kuih feveret semua org kt umah.. baru buat last week. biasa sebulan puasa ni mmg akan buat 2-3 kali popia.
Gee... hantu popia dah datang ni hihihiiii....
yumm yumm gee.
Post a Comment