Salam Khamis semua... tetiba terjumpa post ni dalam folder 'draft'... Aci tak layan air yang sejuk sejuk di musim hujan ni... hehehe... layankan aje tekak sendiri kan...
BANDUNG SODA AIS
Resepi : UmmuZuhayr
- Sirap
- Air Gula
- 3 tin susu cair
- 4 botol Air ais Krim Soda
- Secubit Garam
Cara:
Buat air sirap mengikut kemanisan yang kita suka.
Tambahkan susu cair ke dalam air sirap. Masukkan air ais krim soda perlahan-lahan ke dalam bancuhan air. Timba air sirap bandung soda sehingga air membentuk lapisan buih di bahagian atas. Tambahkan secubit garam ke dalam air sirap bandung soda yang telah siap itu.
Nah! segelas untuk awak Bandung Soda yang mabeles...
No comments:
Post a Comment