Salam Jumaat dan salam ceria buat semua... Sedang buat apa tuuuu? waaaa.... nak mengadun biskut raya yer... ? rajinnya mengukis pepagi ni... Alhamdulillah... kalau ada kesempatan nanti bolehlah k.gee & famili datang beraya yer... ialah, asyik jamu mata setiap hari dengan biskut2 yang berbagai rupa dan gaya...dah bengkak mata k.gee.. sesekali nak juga jamu perut pulak kan.... boleh ke k.gee datang beraya ke rumah...? heeeee....
Kalau ada yg sudi nak betandang ke rumah k.gee, silakan lah... k.gee jamu dengan cucur roti ni haa... aik!? tak sudi ke.... asyik makan kukis jer kekadang tekak tu nak juga merasa yang masin2 kan... inilah juadah yang paling simple dan menambat selera... lebih2 lagi makan beramai2.... sedapppppp....!
CUCUR ROTI
Sumber : Bebola Roti Wana
14 keping roti ( plain white bread)- potong menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)
3 batang cili merah (potong kecil2)
1 biji bawang besar (dadu halus2)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) – saya tambah
minyak
Cara penyediaan
1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang, perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .
3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.
No comments:
Post a Comment