Wednesday, August 1, 2012

Sesedap rasa


Nampaknya angin mengukis sudah mula bertiup sepoi2 bahasa... sana sini kelihatan tayangan amal kukis memasing yg comel-comel belaka... cuma k.gee saje yang belum ada mood lagi nak mengukis.... sekarang ini sedang memikir-mikir macamana nak kemas rumah.... bulan puasa ni asyik fokus pada menu iftar sampai tak sempat berkemas... hujung minggu ini pulak nak berarak balik kampong sempena cuti Nuzul Al Quran... nak berbuka reramai dengan adik beradik... maklumlah raya nanti ada yg beraya rumah mertua dan sebagainya... harap-harap ada lah kesempatan untuk kemas dan hias rumah sebelum raya ni... tunggu anak2 balik dr asrama... siap korang!


Seperti biasa, hidangan kuih muih dan manisan jadi menu wajib k.gee sewaktu iftar... Kuih Talam Pisang ni menu semalam... sebaik sahaja lepas bersahur terus k.gee godek2 kuih talam ni dan sempat siap sebelum bertolah ke ofis... resipinya k.gee selongkar dari dapur Ita Masam Manis tapi Ita gelarkan kuih ini Seri Muka Pisang dan ada juga memanggilnya Talam Pandan Pisang... hmmmm... tak mengapalah yang penting kuih ini sangat sedap... balik kampung nanti nak buat sekali lagi... memang best! Mari semak resipinya...


KUIH TALAM PISANG / SERIMUKA PISANG

From : Ita Masam manis
By: Hasiah63, Yatie Sinar Kehidupanku


Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
2 sudu tepung kastad
1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
sedikit pewarna kuning/oren

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.

Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.

Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.



Lapisan Atas

60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara-cara

Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.

Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...

* Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.

3 comments:

mama sara nur said...

assalam
selamat berpuasa k.gee
enak nampaknya talam pisang ni, wat berbuka sedapkan. cantik pulak tu
sy ni buka puasa memang dgn kuihmuih je he he cukuplah makan sepotong dua

ibh_sue said...

Asslmkum k.gee.
Talam pisang ni mmg sedap. Nasib la sue dah mkn, hasil air tgn mak lg. Heeee. . Samalah k.gee, sue pun x kemas2 rmh nak raya lg. Betul2 rilek. . :)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Haish sedapnya, terasa2 kat tekak ni :)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015