Wednesday, October 3, 2012

Daging black pepper


Rasanya macam takde idea nak update blog hari ni...
jamu mata aje lah yer... layan si hitam manis yuk...!


DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan


* 500gm daging batang pinang
* 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
* 1 biji lada merah
* 3 sb kicap manis
* 2 sb sos tiram
* 1 cawan air
* 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
* 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
* minyak utk menggoreng

Cara-cara

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada

3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
 


Sedapppp....


8 comments:

Mas said...

mas suka daging masak gini...
sedapnya tengok..

rahel said...

Uwaaa...ngences betul tengok daging black pepper itu...

Marsita yahya said...

salam Gee, nak sikit...sedap ni makan musim hujan cam ni.

Chah said...

Baru nyempat ngogoh ke sini....aduiii sedap ni kak..tp ni buat tayangan amal je kan? Nk makan kena buat senirik ek? Nyampahsss....

Mieza said...

kak gee...wahhh lauk ni mieza suka..tak der lauk yg lain pun mieza ok jer...provided nasi tu tgh panas panas perghhhh mmg sedap...walau pun hitam, tp sedap! Hitam tu kan menawan hahahah

zila norazila said...

dari siang tadi nk skodeng kesini..tp x lps2..net tenat btl..he hhe skodeng kt fb kecurr amat..mkn dgn nasi hangat..walllaaa x nampak ore:)

ibundo said...

gee, ngences...
dah lama tak buat daging black pepper ni.

izahdaut said...

lauk mcm ni memang feberet encik suami saya kak.. nanti nak try resepi ni pulak tq

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015