Monday, October 29, 2012

Singgang daging


Assalamualaikum... masih ada yang cuti raya lagi ke...? ehem... Ini mesti tak puas 3 hari beraya di kampung kan... nak bangun dari tilam empuk pagi ini pon malas sangat... menggeliat sana menggeliat sini... huh! kenapalah hari ini hari Isnin... kalau lah hari Ahad kan best!

Haaaaaa...!!. itulah banyak sangat makan daging.... kan dah bertimbun2 lemak dalam badan tu... nak angkat tangan pon dah tak larat lagi... hehehe.... jangan marah ar.... jom kita sama2 mencantas lemak yuk!! kurangkan manis, kurangkan masin, kurangkan lemak dan insya'Allah kesihatan terjamin...


Habis... daging korban yang banyak dalam peti ais tu nak buat apa yer? hehehe... masak yang rebus2 saje ok kot...  

SINGGANG DAGING 

Bahan-Bahan:


¼ kilo daging lembu
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
5 tangkai cili kering - di potong2

1 camca besar ketumbar
4 keping asam keping
garam secukup rasa
cara:

Bersih daging, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air. Tumbuk kasar semua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk tadi. masukkan asam keping dan garam.  Rebus sehingga daging empuk. 


Sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan...
cubalah... kot2 boleh cairkan lemak di badan.... hehehe


7 comments:

rahel said...

Sedapnya daging singgang + sambal cili..mantap..

tun_telani said...

selamat hari raya kak gee.. sure bertubi2 resepi daging pasni kan. hihi

rostina76 said...

salam gee. alahai sayu saya tengok daging singgang. kat kg saya mmg xpernah miss menu ni setiap kali raya korban. the best singgang daging ever

Qhaifa Nur said...

kat umah byk daging korban...
bole cuba masak nanti....
sedapnya.......

Asyifa Mustaffa said...

salam k.gee...
Dpt kumpul lgi 1 resepi daging.....stok dging kurban dpt bnyk gak tu....tgh merncang rancang menu gak nie.....hehe.....

IeRA said...

salam kak...

singgah jalan2 nak cari resepi..

Marsita yahya said...

tak pernah buat boleh try nti...saya ambil resepi ya.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015