Saturday, October 13, 2012

Karipap pusing


Salam hujung minggu dan salam ceria semua... Semoga semuanya sihat sejahtera walaupun tuan tanah kurang sihat sudah seminggu diserang batuk dan selsema... nasib baik jari jemari masih mampu menari2 di atas keyboard ni, kalau tidak senyap sunyilah dapor gee-hut ni, kannn....  


Karipap pusing memang fav k.gee, hb, anak2 dan seluruh keluarga kami... sejak kecil lagi memang karipap menjadi juadah kami hampir setiap hari... kalau emak tak sempat buat emak akan beli untuk kami adik beradik bersarapan... cuma karipap air tangan emak jauh lebih sedap pada citarasa kami... sehingga sekarang pun, karipap buatan emak tetap menjadi pujaan kami... rangup, garing dan intinya sedap....


Semalam tetiba tekak yang sakit ini teringin nak makan karipap... emak lah katakan... sebut aje tup...tup... balik dari opis sudah terhidang... apalagi 4,5 ketul la k.gee baham.... memang sedap! Kalau  teringin cubalah buat, k.gee sharekan resipi karipap bonda ku di sini yer...




KARIPAP PUSINGResepi : bondaku

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang
Sedikit udang kering - tumbuk


Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.



mari..mari..mari...


10 comments:

laskar pelangi said...

Sedap dimakan panas-panas ni..Ranggup gitu kan :-)

Bicara Kak Noor said...

salam Qee
akak terus terliur tengok Gee punya karipap pusing ni nampak betul dia rangup pasti sdp sangat tu tungu mood rajin nk try lah resepi ni ..

adda syuhada said...

namppak pun dh sedap karipap ni..dh la karipap pusing ni adda punyer peberet...nanti nk cuba gk la resepi nih..

Mas said...

cantiknya karipap pusing akak tu...

izahdaut said...

makk.. mak.. *tetibe mak kak gee jadi mak saya.. nak kripap pusing 10 ketuii jugak.. wii kak gee jarang sya jumpa keripap pusing yang slice2 gitu bila digoreng. mmg nampak rangup betul. kalau kak gee 5 ketui, saya 10 ketui boleh hadap nih. hahaa

rostina76 said...

Salam k.gee....bestnya dpt makan karipap mak bt.teringat arwah mak mertua saya, mmg suka sgt mkn karipap pusing dia.sedap sgt bg saya sbg anak menantu;)

hana said...

salam kak.gee... nih kita bawak dua ketui nih! nak tukar ngan empat ketui pusing2 kak.gee! aci tak???? kekekekekeke

CT Delima said...

As;salam Gee

semoga Gee cepat sihat ya. dah pernah buat sekali karipap pusing ni. walaupun renyah sikit nak buat tapi sedap kan Gee.

mama sara nur said...

assalam kak gee
ada karipap pusing, nak nak he he
feberet sy jg berbanding karipap biasa tu he he'suker kerangupannya

farnas said...

Salam akak...cantik gitu karipapnya....org pro buat...klu tak keberatan mai la lalu dansinggag kt blog saya yang x seberapa... moga2 dapat semangat baru...klu akak follow...hehe

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015