Bismillahirrahmanirahim.
Ya Allah Ya Tuhanku, di hari Jumaat yang barakah ini aku pohon kepadaMu agar Kau berkatilah kehidupanku, ibubapaku, suamiku, anak2ku, adik beradik dan saudara maraku serta sahabat2ku... Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari segala kekeliruan...
Ya Allah Ya Tuhanku, di hari Jumaat yang barakah ini aku pohon kepadaMu agar Kau berkatilah kehidupanku, ibubapaku, suamiku, anak2ku, adik beradik dan saudara maraku serta sahabat2ku... Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari segala kekeliruan...
Ya ALLAH, jika ada di antara hati tersimpan rasa benci, ENGKAU ubahlah menjadi cinta. Sekiranya ada di antara kami hatinya kotor sucikanlah ya ALLAH. Sekiranya ada hati yang terluka ENGKAU sembuhkanlah lukanya itu. Ya ALLAH aKu memohon keampunan dan kebahagiaan daripada MU ya ALLAH dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."...
Amin ya rabbal 'alamin
Pagi ini kita layan kuih Melayu lama... kuih bingka keledek... ada juga yang menggelarnya kuih bakar... boleh saje kan Bundo... bak nak sikit bingka labooo Bundo yang ngancam tu... hehehe... bingka den ni dah solosai Bundo... gambar jer yang tinggal laiee....
BINGKA KELEDEK
Bahan-bahan :
250 gm keledek - direbus dan lecek halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
4 biji telur
4 cawan santan pekat + 1 cawan air santan pekat
½ sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning (jika suka)
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sapi
Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, esen, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu. Ambil satu loyang dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 50 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.
9 comments:
salam kak,
pestime tgk bingka keledek....hehe...msti sedap ni...nmpk garing je atasnya...
licin sungguh tepi bingka tu gee.. cantekknya...hehehe...pas sikit kat kita..nk rasa...
aminnnn.. moga dperkenankan..
sedap bingka. dh lama xmakan.
Cantiknyaaa..cawan!!eheee
sedapnya...
nampak cantek bingka ni..
perfecto betoi nmpaknya bingka itu...sy ni seumur idup tak penah buat kuih2 bingka ni....tk sampai seru lagi..hehehehe
Cawan cantik kak..dh lama x buat bingka..sedapp
Sedapnya layan bingka dgn teo o...
Post a Comment