Monday, April 1, 2013

Malaysian Food Fest ~ Butir Nangka Kelantan


Salam siaran semua... Entri kali ini agak kelam kabut sikit sebab line internet ada problem dan lappy pon buat hal... apapon entri ini ada kelainan sikit sebab buat julung2 kalinya k.gee menyertai food festival... Sebenarnya bukanlah pakar sangat dalam bidang masak memasak ni lebih2 lagi masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang... sekadar  suka-suka saje... terima kasih kepada Nor Secubit Garam yang mewar-warkan festival ini kepada budak baru belajar macam k.gee ini... terima kasih juga buat Gert sebagai hos MFF Kelantan-.. kalau tak menepati syarat dan citarasa rakyat Kelantan harap maaf lah yer... hehehe...


Mulanya terfikir juga apa menu Kelantan yang spesel nak dimasak... cuma beberapa masakan saje yang k.gee tahu iaitu gulai kawah, jala mas dan solok lada... puas jugaklah fikir... akhirnya hb cadangkan buat bubur butir nangka... katanya senang dan musim panas memang sedap kalau dapat hirup manis-manisan.... lagipun Kelantan memang popular dengan kemanisan nya... makanan dan mek mek kelate semua manis manis belako.... dok gitu mek eh... ? hualoh...


 PENGAT BUTIR NANGKA

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung pulut
  • sedikit kapur makan
  • air daun pandan
  • sedikit garam
  • pisang nangka (boleh tambah jika suka)
Bahan kuahnya
  • 1 mangkuk santan dari sebiji kelapa
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan
  • sedikit gula nisan (jika suka)
Cara-cara
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk besar dan tambahkan air sedikit demi sedikit sambil di gaul rata.  Buat sehingga anan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  2. Bentukkan doh menjadi bulat atau bentuk seperti biji nangka.
  3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan tadi... bila masak ia akan timbul... apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk. 
  4. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah hingga mendidih.  bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.jika suka boleh tambahkan pisang dan biji sagu ke dalamnya. Sedia untuk dihidang.....




"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "





6 comments:

Delima Zamrud said...

Ermmm pengat nie makan panas or sejuk dua2 sedap kan terliur D5 tgk :)

Ummi said...

Assalam Gie...bagus dah join! Akak ni pun Gert siap PM kat FB awal2 lagik dulu masa tanya pasal masakan2 Pahang untuk dia sertai, ada dia hint dah pasal Kelantan Food Fest yg dia akan hostkan April nih. Baru2 ni dpt lg mesej Gert remind tuk join...alahaaaii, malas tul skrg ni...masak sempoi2 jer, nak snap gambor guna camera tu yg malas...hehe. Apapun, good luck tuk you all!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap ni Gee.. feberet en. husband akak..

K.Nor said...

mekasih gee sudi join ... balik dr KL , post lg entri lain ya.. :)

ICook4Fun said...

Thank you Gee for your support and participation. Hope to see more masak an kelantan from you ;)

Rohah said...

Sedap kak, sedap klu baru kuar peti ais...zlzzzz kat tekak