Monday, April 29, 2013

Jangan membazir roti


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Isnin... Diharapkan semuanya dalam keadaan baik-baik belaka baik tubuh badan mahupun mood untuk memulakan minggu yang baru... minggu terakhir bulan April you... pantasnya masa berlalu kan... Pagi ini k.gee sampai awal ke pejabat sebab semalam bos sms minta sediakan bahan-bahan untuk dia bermesyuarat hari ini... mujur mood baik pagi ini... segalanya berjalan lancar... syukur alhamdulillah.... 


Ok, mari kita cerita pasal makan pulak yer... kalau sebut pasal roti tentu ramai suri-suri rumah yang suka sediakan menu roti kan... tak kiralah roti buat sendiri atau beli yang ready made... k.gee pon memang selalu ada stok roti di rumah untuk memudahkan menu sarapan pagi... kadang2 tu tak sempat nak godek2 menu sarapan jadi roti lah jadi penyelamat... roti bakar ke, makan dengan kaya ke, roti telur ke atau buat sandwich... memang macam2 boleh buat dengan roti kan? Cuma kekadang tu, roti tak menjadi pilihan... orang buat tak kisah jer... haaaa... time tu terpaksalah si ibu cepat2 reka menu special sebelum sampai tarikh luputnya... mujur ada orang yang kreatif yang mencipta resepi yang boleh pelbagaikan menu roti... terima kasih kepada mereka... Resepi kali ini k.gee ambil dari dapor Kak Ummi HSH dan ikut stail Ita Masam Manis gulung2kan roti sebelum dikukus... hehehe


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, Ita Masam Manis


Bahan:-

•8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
•200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
•200 ml air
•1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
•4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
•1 sudu teh garam halus
•1/2 sudu teh pes pandan
•2 helai daun pandan - disimpul

Cara-Cara:-

1.Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.

2.Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.

3.Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.

4.Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.

5.Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).

6.Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap pada tekak akak...hehe

Kalau nak ikut stail Ita Masam Manis pon boleh :

Roti tu canai nipis dulu, kemudian gulung.


Lepas tu masukkan dalam bekas yang berisi adunan tadi biar terendan 10 minit

Angkat perlahan dan pindahkan ke dalam loyang

Ita guna loyang empat segi.

Pas tu ita taburkan buah2 coktail yang telah ita toskan airnya terlebih dahulu

Kemudian kukus.



Sedap dimakan sejuk...  nyum2x


9 comments:

hazila said...

Salam kak Gee,

Memang tak bagus membazir kan.... tapi kalau akak bagi saya rasa lagi baik....hehehehe

tun_telani said...

Salam kak gee.. duk kat bintulu ni, roti sgt precious.. jarang2 dpt jumpa gardenia yg sedap. tp kdg2 bila wat roti yg xberapa menjado, kurang gebu ke, mmg puding roti ni antara penyelamat keadaan. hihi

umi's cup cake said...

Salam kak Gee,
nampak sedap sgt..terliur pulak

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Gee, sedap ni kot kalau pekena dengan kopi..

Rohah said...

mmg syok dapat makan ni kak..

Bbwana adienia said...

sedapnya bingka roti rasa pandan ni kan..

zila norazila said...

Sedap..terbau2 wangi pandan tue kak gee.

Lesung Batu said...

comelnya nampak gulungan roti yg dlm sudu tu kak G..mmg kreatif!

Lydia Miza said...

Lawanya bila dah gulung roti tu

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015