Tuesday, April 16, 2013

Layan mak andam lagi...


Produk jenama Mak Andam dari Pahang ini boleh tahan juga rasanya... K.gee sudah beli 3 jenis produk keluaran mereka... sup bunjut, sos dan sirap ros... kesemuanya k.gee sudah cuba dan memang ada 'class'... kira-kira 99% sedap di tekak k.gee lah... ok lah tu... semoga usahawan-usahawan Bumiputera dapat meningkatkan kualiti produk mereka dan mampu bersaing di pasaran global... cewah! macam YB lak k.gee berkempen hari ini.... hehehe terpengaruh dek demam pilihanraya lah bang....


Sup memang kegemaran kami sekeluarga lebih-lebih lagi cik abang k.gee... kalau makan di kedai hb selalu oder bagai-bagai sup... kadang2 sup puyuh, sup belut, sup sayur, sup ayam dan yang paling peberet sup tulang laaa... kalau menghirup sup tulang memang sedap... lebih-lebih lagi dapat tulang yang fresh dan ditambah pula rempah ratusnya yang  beraroma... lagi sedap kalau ada sambal kicap cili padi yang kaw.... fuhh!! berpeluh dibuatnya.... Untuk kali ini k.gee buat sup tulang menggunakan ramuan rempah sup jenama Mak Andam yang k.gee beli di Pameran MIHAS baru-baru ini... sedaaaapppp...!!



SUP TULANG

Sumber : Potret Kasih
Resepi asal : Nor Secubit garam
Bahan:

1 kg tulang lembu
3 biji bawang merah – dimayang halus
1 ulas bawang putih – dimayang halus (saya guna 4 ulas bwg putih )
2 in halia diketuk
1 rempah sup Mak Andam
1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :

5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara

Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk.
Hidangkan ke dalam mangkuk bersama sambal kicap dan taburlah bawang goreng dan daun sup.



Jom hirup sup mak andam....

5 comments:

Qhaifa Nur said...

dapat hirup waktu panas sedapnya...

tun_telani said...

haha.. ingatkan layan mak andam mana laa.. hihi.. tun xmakan daging, tumpang tengok je laa.

mama sara nur said...

Assalam k gee
sedapnya sup tulang
mkn dgn mihun pun bestt

ady said...

as-salam
ingatkan mak andam yg tuuu..rupa2nye Produk jenama sup tulang..sambal belacan jangan lupa!!

Lovely Mama said...

saya pun terkena......saya mak andam...hihihiii...tapi xjual rempah sup....jual bedak....hihihiii

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015