Wednesday, April 17, 2013

Agar-agar kelapa pandan... sejuk tekak sejuk mata


Panas panas begini memang best kalau dapat layan agar-agar kan... terutama agar-agar kelapa pandan yang sungguh sedap dan harum baunya... buat lembut sikit biar bergegar-gegar macam jeli... bila disudukan ke mulut... waaaa..... nyamannyaaa.... Terima kasih CMG kongsikan resipi agar-agar yang sedap ini... cuma k.gee derhaka sikit... hehehe 


AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
Resepi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)


5 gram serbuk agar2 (mat guna cap swallow)
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau
1 cawan santan pekat (k.gee tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.

2.Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata. (bahagian warna asal k.gee tambahkan santan pekat).

3.Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna (santan), biar mengeras dan toreh2 permukaanya. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi (mat buat guna 2 bekas yang sama). Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..

4.Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...



Ermmmm....yummy!!



dan terima kasih buat mama vogue NaSya yang sudi kasi award pada dapor gee-hut... sorrry yer terlewat angkut award sebab kren rosak... hehehe

7 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam Gee...
waaa.... pagi2 dah tayang agar2 yang sangat segar dipandang ni.. hijau menawan... sedapnyerrr.. mmg betul.. minggu ni panas pula cuacanya kan.. minggu lepas petang2 asyik hujan saja... cuaca tak menentu... terliur akak tgk Gee.. akak jarang buat agar2 utk sajian keluarga.. anak2 kurang pandai mkn lg...

izahdaut said...

mak aih..bestnyaa.tengah paneh ni

Mas said...

perhhh...menggoda tahap gaban nengoknya

rostina76 said...

comelnye...pandan love gitu

Chah said...

Jaat taw gudes2 ai dgn jelo melo tuh!!!

Delima Zamrud said...

Cantik nyer Kak Gee tetiba terasa dah lalu tekak nie sejuk2 adehhhhh :)

Norzila Zakaria said...

saya suka suka..salam kenalan dr zila di sini..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015