Thursday, April 18, 2013

Singgang ala Kelantan - MFF


Lauk singgang memang sinonim di Negeri Pantai Timur baik di Kelantan atau Trengganu dan sebahagian Pahang... cuma mungkin variasi masing-masing yang agak berbeza... malahan di Negeri Pahang sendiri pun menu yang menjadi favourite juga berbeza mengikut kawasan... kalau di sebelah Pahang Timur seperti Kuantan, Pekan dan Rompin kebanyakannya menu masakannya lebih cenderung kepada citarasa orang Trengganu dan Kelantan... manakala di sebelah Pahang Barat seperti Bentong, Raub dan Lipis menu mereka lebih cenderung kepada citarasa Melaka dan Negeri Sembilan.... of course yang podeh berapi punya laaa....


Berbalik kisah singgang ini, semenjak menetap di Kuantan lah k.gee pandai makan singgang samada singgang ikan atau daging... dulu tak kenal pon singgang.... bila kenal dan sekali makan terus saje jatuh chenta dan kerap pulak buat hidangan keluarga...  singgang memang masakan paling senang, ringkas dan lauk orang malas macam k.gee... hehehe.... semua bahan main campak aje dalam periuk, rebus dan bila sudah masak terus makan... nak sedap lagi makan bersama nasi putih panas2 dan sambal belacan... fuhh!! gerenti tiga pinggan youuu....!!!!  Cubalah....


SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

Bahan-Bahan:


300 gram daging batang pinang
3-4 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah

Bahan dimayang:

2 inci halia
2 inci lengkuas

Bahan ditumbuk kasar:

1 camca besar ketumbar
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
5-6 biji cili kering
Cara penyediaan:

1 Masukkan semua ingredients bahan yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.

2 Renehkan hingga daging empuk. Sesuaikan rasa dan siap untuk dinikmati.



Kalau nak diikutkan pic kali ini semua kabur dan blur tetapi k.gee post juga untuk memeriahkan MFF Kelantan... maaf lah yer tangan akak terketar-ketar tak sabar nak makan nasi kuah singgang... ha ha ha

 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "
 

6 comments:

Yatie said...

perghhhhhh sedapnya..cuaca panas2 mcm ni mmng sedap kalau dpt hirup kuahnya...slurppppp..

Gee® said...

Yatie > cubalah yatie... memang best

tun_telani said...

Salam kak gee.. tun xmakan daging, tp kalau singgang nih, biasa kat kg wat singgang ikan. mmg tak hingat dunia makan.. hihi

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah cam ni rupanya singgang kelantan... boleh cuba ni Gee....

Rohah said...

setuju kak hidangan mcm ni...sukeee

Lesung Batu said...

ini meme peberet sy..nampak je simple tp perghhh sedap!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015