Sunday, April 14, 2013

Layan mak andam?

 

Syukur alhamdulillah... tuan rumah sudah sihat dan boleh kembali aktif... cuma selera nak memasak masih suam-suam kuku... Pagi minggu ini k.gee masak yang ringkas ringkas saje untuk sarapan... jemput kelapa cicah  sos mak andam... ha? mak andam?


Sos mak andam ini k.gee beli di Pameran MIHAS baru-baru ini... Pengusaha nya berasal dari Jengka, Pahang... katanya nama Mak Andam ini pilihan bapa mereka dan ianya menjadi rahsia keluarga mereka... Owww...ada 'sentimental value' agaknya nama Mak Andam itu...  hehehe... apa yang penting sosnya memang sedap dan sesuai untuk dimakan bersama keropok, jemput-jemput dan makanan bergoreng yang lain...

JEMPUT KELAPA

1 cawan kelapa parut putih
200 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
3/4 camca teh garam
1 1/2 cawan air

Cara-cara :

1.Satukan tepung, baking powder dan garam. Kacau rata dan masukkan kelapa, gaul sambil dituang air sedikit demi sedikit hingga air habis. Kacau adunan hingga rata.

2.Panaskan minyak untuk goreng terendam,Sudu atau jemputkan doh dengan tangan dan masukkan perlahan ke dalam minyak yang sederhana panas tadi.

3.Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama sos atau sambal kegemaran. 


Jemput makan jemput-jemput...


2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya... jemput kelapa tu...;-)

rostina76 said...

salam k.gee
hehe, ingatkan mak andam tukar profession jadi chef. btw ros tak pernah bt cucur kelapa....kami pengemar tegar cucur bilis je

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015