Monday, October 21, 2013

Asam rebus ikan siakap


Assalamualaikum... banyak lagi ke daging korban dalam peti sejuk...? ada lah seketul dua lagi... boleh lah buat masak kari ke goreng kicap ke... hehehe... seminggu dua ini menu daging saje menjadi sajian kan... tidak kurang menu kambing sempena majlis aqiqah... Alhamdulllah... rezeki di bulan Zulhijjah...



Hari ini tekak teringin pulak nak makan lauk yang cair dan rasa masam masam... dah jemu rasanya asyik makan yang berlemak saje... sesekali sedap juga kalau dapat hirup kuah asam kann... k.gee kahwinkan ikan siakap dengan terung telunjuk yang fresh dari kebun sayur encik hb... sedap taww terung telunjuk dimasak asam rebus bersama siakap...  berselera kami sekeluarga makan...  



ASAM REBUS IKAN SIAKAP

Bahan2:

1 ekor ikan siakap segar (bersihkan dan kerat 3 bahagian)

Bahan2 utk di kisar:

1 biji bawang besar
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:

5 keping asam gelugor/asam keping
Garam
Air secukupnya
Daun kunyit
5-6 biji terung telunjuk

Cara:

1) Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Rasa asam garamnya dan bila sudah masak bolehlah diangkat dan hidangkan.



Ikan di laut asam di darat
dalam periuk bertemu jua...
ohoi.... enak nyaaa...

 

5 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

Sedapnya,,,
Feberet masakan mak kat kg ni

mykitchen said...

Kecur liur nya ct tgk...kena try buat gak nie...oh mood rajin...dtg lh pd daku..huhuhu

Wani Sukarno said...

salam kak gee ..sedapnya ..memang tak pernah buat ikan siakap asam macm ni biasanya goreng sweet sour je hii

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya asam rebus tu Gee.. kegemaran akak asam rebus ni...:)

JaSSNaNi said...

kadang2 teringat gak si anak tekak nak makan ikan kan.. sama ngan nani.. minggu ni asyik makan ayam je.. wekend ni nak cari ikan lak wat stock.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015