Tuesday, October 8, 2013

Bubur pulut hitam


Selamat petang Selasa duhai teman-teman di sana... tuan tanah baru sahaja selesai makan tengahari... sambil melayan mata yang sudah layu ni tetiba teringat bubur pulut hitam sempena pernikahan sepupu k.gee di Bentong kelmarin... sedap betul menghirup bubur di majlis kenduri kahwin tu... tambah pulak ramai saudara mara apalagi sambil bersembang slruup bubur lepas semangkuk semangkuk laa jawabnya.... bertambah2...  


Bubur pulut hitam memang pemanis mulut kegemaran k.gee... tambah2 yang ada santan pekat di atasnya... wah! terasa lemak manisnya... sedap dimakan dingin atau suam-suam.... slruuuuppp.... aduhai nyamannyaa...   



BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan

•1 cawan beras pulut hitam - cuci bersih
•2-3 cawan santan
•1 helai daun pandan
•gula secukup rasa
•sedikit garam

Cara

1. Rebus beras pulut hitam hingga kembang dan beras lembut. 

2. Kemudian masukkan santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebati agar tidak berketul. Kemudian masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih. Perasakan manis secukup rasa.

3. Sedia untuk dihidangkan.

# Jika suka boleh curahkan sesudu santan pekat di atasnya sewaktu hendak makan.



Sesuai untuk minum petang dan santai-santai di majlis kenduri...
selamat mencuba....

7 comments:

hazila said...

Salam kak Gee,

Saya datang bawa mangkuk kosong ni... Isi bubur pulut hitam sikit ye.

Acik Erna said...

assalam gee.bila da santan pekat letak garam sikit tu yang acik tak boleh tahan tu..kalau la dapat semangkuk nak buat buka posa ni

Anonymous said...

Adui sedapnya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Lama akak tak mkn bubur pulut hitam Gee... Sedapnya ;)

tun_telani said...

teringat pulak time kenduri kawin tun..hihi.. kawin org johor, bubur pulut hitam wajib ada.

Unknown said...

Assalamualaikum Gee
Sedapnya bubur pulut hitam ni...pekat kuahnya...

Rohah said...

kak...dah licin mangkuk tu..huwaaa...suka tau mkn bubur ni

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015