Thursday, November 7, 2013

Happy 21st Anniversary


Go..Go..Go...Ale..Ale..Ale... hurray..!!! Tok gajah ku jadi juara mengalahkan the red warrior... kemarau 21 tahun akhirnya berakhir dengan kemenangan skuad Pahang dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia baru-baru ini.... hehehe... sori beb... ketinggalan keretapi.... orang lain dah lama bersorak... k.gee baru nak tepuk tangan... apa pon memang sudah adat permainan... ada yang menang dan ada yang kalah.... jangan gaduh2 yea.... peace! 


Tetiba k.gee terkenang memori lama... 21 tahun yang penuh nostalgia indah buat kami... hari itu adalah hari perkahwinan k.gee bersama suami terchenta... encik suami panas punggung duduk atas pelamin sewaktu majlis berinai bila tetiba riuh rendah dengar sorakan orang ramai di luar.... GoLLLLL!!!! macam nk terjun dari pelamin dia.... siap kena cubit dek kakak dia yang jadi pengapit ketika itu.... hehehe.... tak sedar sudah 21 tahun rupanya kami hidup berumah tangga.... syukur alhamdulillah dengan nikmat dari Mu ini Ya Allah....


Kari ikan tongkol sempena kemenangan skuad Tok Gajah dan anniversary kami.... bukan kari anak gajah yea... hehehe


KARI TOK GAJAH

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol


Bahan kisar

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai lada kering

Bahan lain
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4
Air secukupnya
1 mangkuk santan
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air
1 sudu biji sawi
Minyak menumis


Cara cara

1. Panaskan periuk bersama sedikit minyak.

2. Tumiskan bahan2 yang telah di kisar bersama rempah kari dan biji sawi sehingga naik baunya. Kacau.

3.  Masukkan ikan dan gaul sebati.  Biarkan sekejap 5-6 minit.

4. Kemudian masukkan air dan bancuhan air asam jawa.  Masukkn pula santan dan garam, biarkan sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!


Kari Tok Gajah hidangan tengahari
Makan bersantai sanak saudara
21 tahun anniversary kami
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga

aminnn.....

15 comments:

sabar dubai said...

happy anniversary kak gee...wahhh en somi siap panas punggung yer haha....sedap nmpk kari tuh..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Barakallahu Lakuma Gee... semoga kekal hingga ke jannah...

p/s sama pula dgn blogger NzA 21 thn anniversary...

ady said...

salam
happy anniversary kak gee..

Gee® said...

Sabar dubai, Nur Hayati, Ady > Terima kasih atas ucapan kalian....

Ummi said...

Assalamualaikum Gee, Happy 21st Anniversary...wah dah matang tuh! Semoga sentiasa diberi kehidupan yang baik2 dlm melayari perkahwinan bersama si dia tersayang di samping anak2 juga. Moga bahagia bawa ke syurga...Ameeen

Acik Erna said...

Happy 21st Anniversary gee..semoga berkekalan dan berbahagia hingga kesyurga

Acik Erna said...

Happy 21st Anniversary gee..semoga berkekalan dan berbahagia hingga kesyurga

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehehee... kelakar cerita pasal en. suami kak gee tu... ada kisah rupanya disebalik kejayaan Pahang mendapat Piala Malaysia 21 tahun lalu... mmg jd kenangan manislah tu kan kak....

ehh! kari ikan tu pun mengancam habis!

Cheq Sue said...

selamat ulang tahun perkahwinan kak gee...semoga terus berbahagia hingga ke Jannah!

Gooooolllllllllllll.... *_*

Mori Said said...

Selamat ulangtahun Gee .. Smuga kekal bahagia sentiasa...mori tgok kari sedap betul... Cantekkk...

ibundo said...

gee.. happy anniversary. Baru 21 tahun tu. Insyaallah banyak tahun lagi untuk dilalui bersam.
tahniah.

Anonymous said...

Assalamualaikum...slmt hari ulang thn semoga berbahagia hingga ke syurga......

zila norazila said...

Eppy anvsry kak gee.moga kkal brsama hgga akhir hayat.

QasehnyaRania said...

hapu annivesary kak :-)
semoga jodoh kalian kekal bahagia

QasehnyaRania said...

*hepi

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015