Ho..ho..ho..holiday...!!! cuti sekolah sudah bermula.... Selamat bercuti kepada anak-anak semua dan guru-guru juga... kepada yang belum bercuti dan sedang struggle menghadapi peperiksaan sabar lah yer... pastinya banyak program yang sudah dirancang di musim cuti panjang begini kan.... seronoknya dapat bawa anak-anak makan angin... anak k.gee si eQa pun sudah merengek nak pergi bercuti cuti Malaysia....
Bila anak-anak berlonggok di rumah sudah pasti aktiviti memasak di dapur kena berganda... apa tidaknya dari pagi hingga ke malam perut mereka asyik lapar saje... apa kata hari ini kita layan anak-anak dengan homemade kentang putar... nyum..nyum..nyum...! pasti berselera mereka makan air tangan ibunya.. bertambah-tambah pastinya... sedap tak kentang putar KFC yang mak buat..? sedaaaapp... esok mak masak burger macam McD pulak yer... lepas tu piza...lepas tu meatbal... ha ha ha... layan aje laaa karenah anak-anak kannn.....
Bahan-bahan:
• 5 biji kentang
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• garam secukup rasa
Cara-cara buat :
1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan lecek sedikit hancur
3. Gaulkan dengan lada hitam dan bentukkan bulat-bulat. Ketepikan.
Sos kentang putar
Bahan-bahan
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam
Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai dan curah di atas kentang yang dibentuk tadi
Yeay..yeay..!! jom makan kentang putar....
6 comments:
comelnya kentang putar mak...spesel dr kepci tu taw!!!
menyelerakan tngk kentang putar Gee ni...persembahan yg menarik...suka tngk..
Salam Gee, meh sikit ke seberang ni...nnt putar2 lagi, hantar kat akak eh...cantik molat jer kentang dia... :))
Akak..saya pun baru buat.kegemaran si kecik ni. Yg xbrapa kecik pun suka jugak ni.comel mangkuk!!!
bestnya makan kentang putar..
Hi Gee,
Alahai comel gila mash potato you!
Post a Comment