Assalamualaikum dan salam pagi Khamis para ibu-ibu di dapur... juadah apa untuk sarapan anak-anak pagi ini? nasi lemak sudah... nasi goreng sudah...mee goreng sudah... roti sudah... donut sudah... lempeng sudah... aduh mak ai! apa lagi nak dimasak ni yer..? mulalah garu kepala dibuatnya... anak-anak tahu order saje kan... mak masak sedap katanya... haa...itulah kelebihan anak-anak... pandai membodek... hamboiii.... mulalah nak marah pon tak jadi...
Mee bandung antara kegemaran anak-anak k.gee dan memang selalu k.gee buat tidak kira untuk makan tengahari, petang atau malam... tapi tidak lah power macam mee bandung Muar yang memang menjadi menu 'killer' di Johor tu... biasanya menu di musim cuti sekolah ni ikut bahan-bahan yg ada dalam stok saje dan tidak pekat sangat... anak-anak suka hirup kuahnya yg masam-masam manis tu jadi k.gee sengaja lebihkan kuahnya... k.gee jarang menggunakan perencah mee bandung segera sebab kadang-kadang tidak kena dengan selera tekak kami...
Apa-apa pun yang penting anak-anak berselera makan dan kenyang perut mereka... kan?
MEE BANDUNG
1 bungkus mee kuning (celur dan toskan)
4-5 ketul ayam (bersihkan dan potong kecil)
2 biji tomato - dipotong kecil
200 gm udang (bersihkan dan buang kulit)
3-4 ekor sotong (potong kecil-kecil)
1 biji keledek ( kupas kulit, rebus dan lecek)
3 biji telur ayam
1 sudu udang kering (tumbuk lumat)
2 liter stok ayam (atau air biasa + 1 kiub stok ayam, larutkan)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan kisar :
Cili kering, bawang merah dan bawang putih
Bahan-bahan lain :
Tauhu goreng, bawang goreng, sayur-sayuran, cili hijau, cili merah dan limau kasturi.
CARA MEMBUATNYA :-)
Mula-mula tumis bahan-bahan kisar serta udang kering yg ditumbuk lumat sehingga harum baunya dan garing... Masukkan ayam yg dipotong kecil, sos tomato, sos tiram, kiub ayam dan buah tomato. Tambahkan air dn biarkan sehingga mendidih. Bila sdah didih masukkan udang, sotong dan keledek lecek tadi. Jangan lupa garam dan gula... Biarkan mendidih dan kuahnya pekat sedikit barulah dimasukkan sayur-sayuran. kalau suka boleh pecahkan telur ke dalam kuah yg sedang mendidih tadi dan biarkan telur membeku. Dah siap boleh lah angkat dan hidangkan bersama mee kuning, tauhu goereng dan hiaskan dengan hirisan cili, bawang goreng dan limau kasturi.
Ayuh fly ke Bandung.... hehehe
7 comments:
Waw....sedapnya pepagi hirup kuah mee bandung...
Salam Kak Gee,
Sedapnya kak gee, dah lama tak makan mee bandung sedap!
ni faveret suami saya ni...sedapnya isskkk dah la tgh lapar nii
ta Alah terliurnya...
tiba-tiba pulak terasa nak makan mee bandung..
fav ita dan keluarga ni.. nanti boleh cuba..
adoii meleleh tgk mee bandung kak gee ni la.....
salam singgah & salam kenal =)
Nyumss sedapnya gee
LM balik segamat aritu dpt mkn mee bandung johor yg real. Sakit hati beli kat selangor ni. Mee bandung letak sos rasa masam. Grrr. Nmpk sgt x reti buat. Sah2 mee bandung tu x blh ada benda2 masam. Sekali mengadap aritu tak toleh kiri kanan dah... Kikiki
Perghhh meleleh air liur akak tengok petang hari ni Gee..
Post a Comment