Tuesday, June 17, 2014

Tom Yam


Sudah makan tengahari ke...? Syukur alhamdulillah... bersandar nampaknya tu... sah kekenyangan, kan? apa tidaknya lauk masakan isteri tercinta... hingga menjilat jari lah sang suami... Subhanallah... insyaalah syurga balasanya untuk para isteri yang melayan makan minum suami dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang....


Ok... takmo celoteh panjang-panjang... jom layan tomyam campak-campak dari dapor gee-hut ni...

 
TOMYAM

Bahan-bahan :-

Isi ayam, daging, sotong, udang, daun limau purut, perahan limau nipis, tomato, serai, bawang besar holland, cili padi, tomato, kiub tomyam (jika suka), sayur-sayuran, air secukupnya dan garam

Cara-cara :-

Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.

Masukkan bawang besar, tomato, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.

Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.

Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.

Seterusnya masukkan sayur-sayuran.

Akhir sekali masukkan garam, air limau nipis dan daun limau purut.

Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan hidangkan panas-panas.



Pergh...! puas hati dapat makan tomyam air tangan isteri... kata encik Laling...
heheeee.... sayang awak...!!

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tomyam ni kegemaran anak bujang akak ni Gee.. hari2 tomyam pun tak ape katanya :)

Ayu said...

assalam gee,
tom yam favourite anak2 kita..kalau masak tom yam satu periuk besar boleh habis kuahnya..tinggal isinya aje terkontang kanting....hehe

pasti encik laling lagiiiii sayang isterinya sebab dapat makan tom yam yang sedap nikan..:)

fazianbatrisyia said...

wahhh...ni kalau dpt semangkuk tu tak toleh kiri kanan lg...bismillah...

Umie Jazz said...

Assalamualaikum Gee klu tomyam mmg tak menolakkan..peberet nih....

Faudziyah Haji Ariffin said...

Assalamualaikum Gee. emmm... tomyam my fav. Tambahkan lebih cili padi supaya kaw-kaw pedas. Makan dgn nasi panas. Layan habis....

zila norazila said...

kak.gee..sedapnye..x jmput dtg umh pun kn..he hee

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015