Tuesday, June 10, 2014

Nasi lemak sambal udang


Assalamualaikum dan Selamat pagi semua... semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kita hari ini... amin...  Hari ini merajinkan diri menanak nasi lemak untuk anak-anak di rumah... kelentang kelentung sorang diri di dapur... sesekali terdengar suara encik hubby terbesin di dalam bilik dek semerbak aroma sambal tumis udang campur belacan yang sedang menggelegak di atas dapur...


"Mak! jangan lupa ayam goreng tau..." itu pesanan dari si kecil eQa sewaktu k.gee merancang nak buat nasi lemak semalam... Bahan-bahan untuk set nasi lemak ini k.gee sudah sediakan di malam hari supaya paginya tidaklah kelam kabut sangat... maklumlah para ibu bekerjaya ni memang sibuk memanjang... namun tanggungjawab rumahtangga perlu juga diambil perhatian... tak gitu cik yah...!!?? hehehe...



RESEPI NASI LEMAK

Bahan

•2 pot beras (bersihkan)
•4 cawan santan ( 1 cawan santan pekat + 3 cawan air pon boleh...)
•1 helai daun pandan
•1 sudu teh garam

Cara :

Campurkan semua bahan dan masak nasi seperti biasa.


SAMBAL TUMIS UDANG

Bahan-bahannya :

200 gm udang sederhana besar (buang kepala dan ekornya)
6 sudu besar cili kisar (ikut kepedasan masing2)
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam dan gula

Caranya...

1.Tumis cili, bawang merah dan bawang besar serta belacan hingga pecah minyak dan naik baunya.

2.Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.

3.Bila sudah mendidih, masukkan udang dan gaul rata.. Biarkan seketika di atas api atau hingga udang masak. Hidangkan bersama nasi lemak. 
 

Jemputlah... 


8 comments:

Hayani Nor said...

sedapnyaaaa..

Assalamualaikum. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplement produk keluaran Shaklee

Mel said...

assalam kak gee,

mel pun kalau makan nasi lemak, ayam goreng tak boleh tinggal walau dah ada sambal. baru puas makan..tapi kalau takde, boleh juga ratah sambal udang tu..sedapnyaaa

Rina Audie said...

menggiurkan. Ikut numpang makan ya kak...

Marsita yahya said...

salam kak G, alamak komen kak kat n3 nasi paprik saya nak tekan publish tertekan delete lak ayoyo....sori ye kak. Nasi lomak ngancam nih...:)

Honey said...
This comment has been removed by the author.
Honey said...

Salam Kak Gee,

Amboi, meriah your nasi lemak platter. Sambal udang tu amat mengiurkan!

Ayu said...

Assalam Gee,
welcome back sister!!..semuga gee dah ok ya..:)
alhamdullilah..nasi lemak & the gang..sungguh2 berselera kita tengok..lagi2 dihidang atas daun pisang tu..:)

ummi aqilah (LM) said...

Perghh mengancam. Tgk ayam goreng tu dah terliur, nasik lemak siap daun pisang lagi tuh

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015