Friday, August 29, 2014

Ayam masak lemak berkerisik


Salam Jumaat semua... hari Jumaat waktu rehat agak panjang jadi sempatlah k.gee balik ke rumah dan memasak lauk pauk untuk makan tengahari... Masak satu lauk sahaja tetapi 2 in 1... ayam kahwin dengan kacang buncis... tak perlu lagi masak sayur... hehehe 


Masak lemak cili padi memang lauk kegemaran kami sekeluarga... gandingkan dengan nasi panas, sayur goreng dan telur masin... kalau ada berbaki, esoknya boleh dicicah lempeng, roti canai atau roti... memang berselera kami sekeluarga... Resepi ini hasil skodeng dapor Kak Ummi HSH jiran taman sebelah....


AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK

Resepi: Ummi Home Sweet Home

Bahan:-

•1 ekor ayam - dipotong 12 - 14 ketul/ikut suka
•2 cawan santan cair
•1 1/2 cawan santan pekat
•2 keping asam gelugur
•3 sudu besar kerisek
•garam secukup rasa
•sedikit gula (ikut suka, x letak pun xpa kalau nak pedas)
•2 helai daun kunyit - dibuang bhg tengahnya dan simpulkan
•5 batang serai - diketuk
•sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar/tumbuk lumat:-

•8 tangkai cili padi hijau
•4 tangkai cili padi merah
•8 ulas bawang merah
•3 ulas bawang putih
•1 inci kunyit hidup
•1 cm lengkuas (lg kurang pun xpa)

Cara Memasak:-

1.Ayam dibersihkan dan toskan.

2.Panaskan minyak dalam periuk/caserol/kuali sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi. Kacau hingga naik bau.

3.Masukkan ayam dan balik-balikkan. Masak hingga air ayam sedikit kering.

4.Masukkan santan cair, daun kunyit dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.

5.Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.

6.Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.  * k.gee masukkan sayur kacang buncis, kacau sekejap.
7.Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.



Jemputlah...


1 comment:

thulannguyen said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015