Sambal telur hancur biasanya menjadi menu pilihan bila tiada idea nak sediakan hidangan apa... menu campak-campak kata orang...ringkas dan mudah... tapi ada juga yang memang gemarkan sambal telur hancur untuk dimakan bersama roti atau lempeng kelapa... Apa-apa pun janji kenyang perut... tak gitu?
Sambal telur hancur dari k.gee ini versi pedas berapi sebab k.gee menggunakan segenggam cili padi atau cili api bukan cili kering atau cili merah... dan bawangnya dilebihkan bagi menyeimbangkan darjah kepedasan cili padi itu... memang pedas tapi saya suka.. saya suka!!!
SAMBAL TELUR HANCUR
3 biji telur
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
(1 bj blend bersama cili padi, 1 biji lagi hiris bulat)
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara :
Mula² tumis cili padi dan bawang yang dikisar/tumbuk. Kacau2 dan perasakan dengan garam. Tambahkan sos tiram dan bawang hiris. Pecahkan telur terus ke dalam kuali tadi dan biarkan membeku sedikit baru dikacau. Gaul rata dan siap!
p/s : kalau suka boleh juga telur digoreng asing dan kemudian baru dicampur sambalnya dan hancur2kan...
Jemput makan tengahari...
5 comments:
wahh sedapnya resepi ni :)
Yang simple tu sedap Gee.. mahu bertambah nasik makan..:)
mau bertambah nasi kalau makan nih..
msti pedas berapii...
hihii...
Sy suka sambal telur hancur...wah pedas2 gitu..
Post a Comment