Tuesday, August 5, 2014

Pegedil Daging


Salam Syawal ke 9... tahniah kepada yang sudah selesai menunaikan puasa 6... k.gee baru nak mula berpuasa hari ini.... Mudah2an Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan... Bila berpuasa di kalangan orang tidak berpuasa ni, cabaran dan dugaan lebih terasa.... maklumlah semerbak bau aroma nasi lemak ayam goreng menu sarapan pagi rakan sepejabat di pantri bagai menggigit-gigit lubang hidung... maklumlah sudah agak lama tak menanak nasi lemak... terguggat juga lah iman sekejap... sabar... sabar...
  

Nak tayang menu hari raya memang tak dapek lah nampaknya... memang tak sempat nak menembak pon... Pegedil daging ini menu di bulan puasa itu hari... makan bersama bihun sup... biasanya kalau buat pegedil k.gee buat berlebih-lebih sikit sebab anak-anak suka makan begitu sahaja dicicah sambal kicap... memang sedap...



PEGEDIL DAGING

Bahan-bahan :-


3 biji kentang (saiz sederhana, buang kulit & hiris anggaran 1/2 in tebal)
200 gm daging dicincang halus
1 sudu teh lada hitam - tumbuk halus
Garam
Bawang goreng
Daun bawang
1 biji telur (dipukul untuk menyalut begedil )
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:

1. Kentang digoreng terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian tumbuk halus kentang yang telah masak dan letakkan di dalam mangkuk.

2. Masukkan daging yang cincang ke dalam adunan kentang tadi beserta garam, lada hitam, bawang goreng dan daun bawang yang dihiris halus.

3. Gaulkan adunan tadi sehingga rata dan kepalkan bulat dan dileperkan. Buat sehingga habis.

4. Celupkan kepalan tadi ke dalam telur dan goreng sehingga masak.

SAMBAL KICAP

Bahan2


2 ulas bawang putih
10-15 biji cili api
2 sudu besar gula
Kicap manis


Cara2

Curah semua bahan dalam blender dan kisar. Kalau suka boleh perahkan sedikit limau nipis sebelum dimakan bersama bihun sup atau soto.  

 

Kacau dodol di pagi hari
Keliling rumah pasang pelita
Hari ini masih Aidil fitri
salah dan silap maaf dipinta...

hehehe....


2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Menyelerakan! Saya suka makan bergedil dengan soto. :)
Kali pertama kunjung disini, blog k.gee sangat menarik!

fazianbatrisyia said...

sedap...sedap...sedap

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015