Pulut memang menu kegemaran anak-anak k.gee... Biasanya pada hujung minggu k.gee akan masak pulut versi tanak dan digandingkan bersama sambal ikan bilis... sambalnya agak pekat dan kering dan ikan bilisnya digoreng garing... Kalau suka boleh juga pulut tanak dimakan bersama ikan masin, telur dadar, serunding atau pulut digaul nyiur...
Orang kata makan pulut mengakibatkan mata mengantuk dan badan jadi lesu... betul ke? dan ada pulak yang mengatakan kalau rajin makan pulut boleh menghaluskan kulit dan kulit jadi cantik macam orang Siam wallahu’alam...
PULUT SAMBAL BILIS
500gm pulut susu
Air secukupnya
Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, agak-agak sama paras dengan beras. Masak dengan api perlahan.
SAMBAL BILIS
Bahan-bahan :
•2 genggam ikan bilis (digoreng garing dan ketepikan)
•20 biji cili kering (direbus dan dikisar)
•2-3 biji bawang merah kisar
•1 sudu sos tiram
•garam dan gula secukup rasa
•minyak untuk menumis
•Asam keping
Cara:
•Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan cili kisar sehingga garing. Masukkan sedikit gula, sedikit garam dan juga belacan.
•Tambahkan sos tiram dan asam keping dan masak sehingga sambal agak kering.
•Kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaulkan.
•Sedia dihidangkan
Salam Jumaat semua.....
3 comments:
Salam Kak Gee,
Aduh.. lapar terus! Tapi hari ni masih puasa lagi hihi
aduhai..teringinnya nak mamam nasi pulut dg sambal ikan bilis...sedap tu..
assalamualaikum..salam perkenalan, sedapnyer...
Post a Comment