Wednesday, August 13, 2014

Pizza cincai


Sambil belek-belek stok barang makanan dalam peti ais, tetiba... ting!! dapat idea nak buat pizza versi cincai versi ikut dan kata orang kampung... hehehe...   buat 5 keping, 2 keping untuk sarapan dan bakinya frozenkan.... bila-bila teringin nak makan nanti boleh bakar semula... senang kan?


HOMEMADE PIZA

Bahan sos :

25gm campuran rempah piza }
30 gm gula }
200 gm paste tomato }
(dlm tin eg:Leggos~ada kat Giant)

Cara: campur kesemua bahan, gaul sebati & perap 4-5 jam

atau  

kalau tiada campuran rempah pizza boleh buat sendiri begini....

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahan-bahan yang perlu : roti tortilla atau roti pita, lada benggala, sosej, sandwich burger Ayamas (digoreng dan hiris kecil), keju mozarella parut untuk ditabur atas piza. 

Caranya :  Sediakan tortilla, sapu sos piza dan susun bahan-bahan tadi di atanya.  akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan bakar.




Sedia dimakan panas-panas... nyum nyum...


2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Gee walaupun simple.. anak2 yati dah sibuk suruh buat piza ni.. tq share cara nak buat pizza mudah ni.. nanti boleh buat :)

ibh_sue said...

Assmlm Kak Gee
Lamanya tak blogwalking..Rinduu..
Sue pun suka buat pizza stail mcm ni juga..Yg penting senang dan sedap.. Almaklum la nak uli doh sendiri mintak maap la..Pesen pemalas.. (^__^)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015