Syukur alhamdulillah... selesai sudah Ramadhan pertama... iftar kami sekadarnya sahaja dengan 3 butir buah tamar, semangkuk mi kari, teh-o panas dan ondeh-ondeh sebagai pemanis mulut.... Sesungguhnya nikmat berbuka itu ada hikmah dan fadilatnya.
Moga-moga kita dapat mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan ini... Rasulullah s.ä.w. bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang hawa nafsunya".
ONDEH-ONDEH
Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka (dipotong kecil2)
1 cawan kelapa parut (digaul dengan sedikit garam halus)
1/2 sudu teh esen pandan
Pewarna
Air secukupnya (untuk menguli)
Air (untuk merebus)
Cara penyediaan
1. Bancuh tepung dengan air. Tuang air sedikit demi sedikit hingga boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari, bulatkan & leperkan.
3. Letak sedikit gula melaka di tengahnya & bulatkan semula. Jadikan bebola.
4. Setelah habis tepung dibulatkan dengan gula melaka di dalamnya, panaskan air dalam periuk.
5. Masukkan bebola tadi ke dalam air mendidih.
6. Apabila bebola timbul, keluarkan & tos sebentar.
7. Golekkan atas kelapa parut.
8. Sedia dihidangkan.
2 comments:
salam.... petang ni ingat nk buat gak onde2 ni...nk cari gula melaka dulu...hehe
salam Gee, sedap nye, ni kueh kegemaran mummy ni....hehehe :-)D
Post a Comment