Friday, July 27, 2012

Simplicity....


Salam Jumaat Salam 7 Ramadhan... kita mulakan hari ini dengan sedikit ingatan buat diri sendiri dan teman2 sekalian... Mudah2an mendapat redha dan keberkatan dari Yang Maha Esa...

'Wahai wanita muslimat, janganlah merasa terhina untuk memberi kepada jiran tetangga sekalipun tulang kambing yang sedikit dagingnya'. Apa yang kita masak dan yang kita makan, kongsikanlah bersama jiran, bukan sekadar berkongsi baunya saja....  Di samping kita berpuasa, kita juga dapat meningkatkan semangat kejiranan dan pahala puasa akan bertambah-tambah.  InsyaAllah....


Ok, pagi ini k.gee kongsikan menu simple semalam, resepi yang ringkas dan jenis makanan cina iaitu Ayam Kung Pao.  Kak gee angkut dari dapor kak anymz tapi dengan bahan2 yang ada dalam stok k.gee lah... kacang gajus takde so tak letak... menu sempoi ni bila makan dengan nasi panas memang laku... kalau meratah begitu saja pon sodapppp... kan Kak Nim... Jom kita semak resepinya...

AYAM KUNG PAO
Resepi : Kak anymz dan CMG

Bahan2 :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. (k.gee guna sayur yg ada dalam stok).  Kacau rata.

Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...


Selamat mencuba...!

8 comments:

Azian Nd said...

Salam Gee,
masak begini memang sesuai ketika berbuka...

Ayu said...

Assalam gee,
so far masak ayam, ayam kung pau ni belum tecuba2 lagi..pasti sedap dan menyelerakan ..

ibundo said...

Jilat jilat jari ni kalau makan.

Nely's Kitchen said...

Amboiii..sedapnya gee..masuk dlm list ye.

Mas Sani said...

Namenya saje dh menarik....kalo dpt rasa lglh best kn....dugaan pose hihihihi

tun_telani said...

kak gee.. bila masak mcm tu kan, cili kering tu blh makan x? tun dh lama usha resepi ni, tp tang cili kering tu tun konpius sket. hihi

Mieza said...

kak gee..melihat tajuknya mieza igt akak nak cerita tentang makeup simplicity hahahah rupanya ayam kung pao..suami mieza suka ayam kung pao..senang masak tak byk sgt bahan dan sedap..tk der kuah lain pun tk per kak..makan dengn nasi panas2...perghhhh bertambahhhh tambahhh

FnF Simple Life said...

best nye... makan berbuka best...sahur pun best ni

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015