Wednesday, October 24, 2012

Kek batik Hari Keputeraan


Hari ini 24 Oktober 2012 merupakan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin yang ke-82. Seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur mendoakan agar baginda Tuanku sentiasa dirahmati Allah dan diberi kekuatan dalam mentadbir Negeri Pahang agar kekal aman dan damai.

DAULAT TUANKU !!!
 
 

Apa agaknya aktiviti di hari cuti ini yer...? Hoooo... balik kampung ... ohoohooo balik kampung.... hamboiii...!!. riang gembira nampaknya orang di sana dapat balik kampung yer... maklumlah 2 hari lagi kita akan menyambut hari raya korban.... berhati2 di jalan raya dan semoga meriah beraya di kampung halaman.... k.gee beraya di rumah saje bersama hb dan anak2... tak balik kampung pon... 


Untuk juadah hari ini k.gee sediakan kek batik atas permintaan anak2... kek coklat begini memang kegemaran mereka... sekali hadap saje habis satu pinggan.... tak mengapa asalkan mereka bahagia kan... bukan selalu dapat masakkan untuk anak2 yg tinggal di asrama... Ok lah, kalau nak hidangkan kek batik untuk hari raya haji nanti pon boleh juga.... jom kita intai2 resipinya...  

KEK BATIK
Sumber rujukan : Dapor Hanamemories
resepi asal : wendyink

Bahan-bahan


250g@satu peket biskut marie
200g@satu peket milo
397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
5 biji telur
1sk esen vanilla
150g butter @ 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescafe - optional
2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)

Cara-cara

Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.

Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.

Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.

Keluarkan dan potong. Hidangkan.



Salam Aidil Adha...

6 comments:

Marsita Yahya said...

brp kurun dah tak buat ni....asyik tgk org buat je...

rahel said...

Sedapnya kek batik ni..tp semenjak ada blog masakan lum pernah buat...dulu2 masa baru berjinak2 nak membaking memang kek ni la pilihan pertama...

Qasey Honey said...

phg cuti yea kak hri ni..raya haji ni nti igt nk buat jugak kek batik ni..nk abiskan stok biskut marie..hehe...

zila norazila said...

sedapnya kak gee..siap ada biskut mery kt depan tue..kecurr:)

Lee said...

Hi Gee, I sure love your these cakes, looks really fantastic. Masuk mulut lupa nama mak, ha ha.
Wishing you selamat hati raya haji.
And keep a song in your heart.
Lee.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Selamat Hari Raya AidilAdha... buat akak sekeluarga ya... ;)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015