Tuesday, December 11, 2012

Pankek vs crepe...


Assalamualaikum....
Pagi Selasa ini menu k.gee yang mudah2 saje... menu ala kampung yang diberi nafas baru... pankek pedas namanya atau nama aslinya lepeng bawang... k.gee gandingkan bersama sambal tumis telur... sedap dimakan bersama nescafe panas...



Resepi ini k.gee skodeng dari dapor CMG...  tapi k.gee derhaka sikit ikut citarasa sendiri... Izinkan yer k.gee kongsikan resepinya di sini... Terima kasih Che Mat...




PANKEK PEDAS
Resepi : CMG
Idea Asal : MamaFami

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan (k.gee tak letak)
Garam secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu halus
5 pokok kucai, hiris halus (k.gee letak daun bawang)
1 biji cili merah (k.gee tambah)Sedikit pewarna kuning (k.gee tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan tepung dan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan garam, kacau hingga rata, tuang mentega cair dan masukkan garam secukup rasa, kacau hingga rata dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

2.Panaskan non-stick pan saiz 10 inci (atau ikut saiz mana yang anda ada), lenser dengan sedikit minyak, biar panas sekejap, letak 1 1/2 senduk adunan dan lenser kan hingga memenuhi dasar pan tadi (kalau guna pan kecik, kurang kan adunan). Biar masak dengan api sederhana hingga kelihatan kelilingnya sedikit renggang.

3.Berhati2 terbalikkan lempeng tadi dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama kuah yang anda suka atau sambal tumis..



 SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan-bahan:


2 biji telur
1 biji bawang besar – di potong bulat
3  biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
1 tbsp air asam jawa
sedikit garam dan minyak

Cara:
Panaskan kuali dan tumis cili kisar, bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga naik bau dan pecah minyak.  Masukkan gula, garam dan air asam jawa.  Kacau dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat.  Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biar sekejap agar telur beku sedikit, baru dikacau telur tadi hingga hancur.  Kacau dan tutup api.  Hidangkan besama pankek yer...



ada gaya crepe durian tak? hehehe...


5 comments:

zoora qushairi said...

sedapnye kak g.. boleh try jap lg.! ;)

Amie said...

Wallahhh Gee... berapa keping nak dimaka ni... nampak sangat sedaplah!

tun_telani said...

awat cun beno lempeng bawang nih? hihi.. tun suka mkn lempeng ngan kari. len kali nk try mkn ngan sambal tumis camni pulak.

zila norazila said...

sedap,klu bagi kat zila laju jew nie:)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Gee...gud idea ni...masuk list