Tuesday, December 25, 2012

Tomyam banjir...


Katak oh katak...
Kenapa panggil hujan....


Ooops.... memang sudah musim hujan dan musim tengkujuh sekarang ini... hehehe jangan marah yer katak... semalam Kuantan dilanda banjir kilat yang agak dahsyat... semasa dapat panggilan dari jiran  mengatakan air hampir masuk ke rumah, kelam kabut k.gee dibuatnya... terus rush balik... kawasan perumahan k.gee sudah dipenuhi air... k.gee terpaksa park kereta di tempat yang agak tinggi dan berjalan kaki mengharung air yang sudah naik ke paras lutut.... huuuuuh.... mujurlah keadaan masih selamat... rumah k.gee tidak dinaiki air... syukurlah....


Inilah keadaan banjir di kawasan rumah k.gee semalam...




Hari ini hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat semalam... Kami anak beranak lepak di rumah sahaja dan masak apa yang ada dlm stok... malas nak keluar meredah hujan... Lunch kami tomyam campur dan telur dadar sahaja... kira ok lah tuuu.... jemputlah....

TOMYAM

4 ketul ayam - dipotong kecil
5 ekor udang hidup
2 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili padi - ditumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 ketul kiub tomyam
Sehelai daun limau purut
Air secukupnya
Sebiji limau nipis
Garam

Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam periuk  dan biar mendidih.  Bila mendidih baru masukkan udang dan perah limau nipis. Angkat dan hidangkan.



7 comments:

Marsita yahya said...

Salam Kak Gee...hati-hati yer dengan banjir ni...saya paling takut banjir..sbb tak tahu berenang hi hi...lama tak buat tomyam..kecur air liur kejap.

FnF Simple Life said...

semoga keadaan banjir di msia segera pulih... tomyam panas dimusim hujan mmg terbaik kan.

tun_telani said...

tgk gambar banjir rindu kt kampung.. huhu.. biasa zaman kecik2 dulu suka main air banjir dpn umah. cetek je pun, kalau dlm mmg xleh turun la.

Amie said...

Musim banjir ni sedap hirup tom yam... hilang sejuk, timbul peluh2 panas he he he ehh

asmah yusof said...

semoga semuanya dipermudahkan kak gee...
ape2 pun bila dpt tom yam semangkuk reda skit risau tue...:))

zila norazila said...

smoga semuanya selamat kak..nama tomyam tue pun dh kena tukar kan kak..he hhee ..tomyam mmg the best ..fav zila:)

Rohah said...

sesuai sangat menu tom yam ni kak di musim tengkujuh..
sejuk VS panas=natural..hehe