Wednesday, June 5, 2013

Aura Raya sudah mari...


Wah! macam menu pagi raya... ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang dan sate goreng... bila anak-anak bercuti dan berkumpul di rumah k.gee suka masak yang special sikit buat mereka... sekali sekala kan... muahh..muahh ! sayang emak.... kata eQa.... 


Hajat di hati nak makan nasi impit bersama sate goreng... sate tu k.gee tempah dari seorang kawan sepejabat yang memang pakar bab sate menyate ni... katanya resepi sate goreng ini resepi turun temurun keluarga mereka... setiap kali menyambut hari raya sate goreng memang menjadi menu wajib di meja... K.gee tempah dan goreng sendiri di rumah... sedap sangat taww...!


Kuah lodeh ini pulak khas untuk bonda k.gee yang tak suka makan ayam... ayah k.gee pulak 'pantang' tengok menu yang berasaskan kekacang ni... dia paling suka! dua tiga kali dia meratah dan menghirup kuah lodeh tu... padahal lodeh k.gee ini tak cukup bahan, terlupa beli tempe... Apa pun k.gee bersyukur dan berpuas hati sebab menu yang k.gee sediakan menambat selera keluarga... itu yang penting kan....


Ini resepi kuah lodeh dan kuah kacang versi simple dari gee-hut yer... sate goreng dan nasi impit tak ada resepi yer sebab impot punya... hehehe

RESEPI KUAH LODEH Gee-hut

Bahan-bahannya :~

4 keping fucuk - potong kecil dan rendam
2 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng sekejap
1 bungkus soo hoon - potong kecil dan rendam
1 bungkus tempe - potong kecil dan goreng sekejap
Semangkuk kobis bulat yang dihiris sederhana
1 biji sengkuang saiz keci -  hiris memanjang
5 batang kacang panjang -  hiris serong cuci dan toskan
1 batang lobak merah - hiris memanjang
1 mangkuk udang hidup
1 kiub pati ikan bilis
2 biji cili merah - dihiris
2 batang serai -  diketuk
1 mangkuk santan pekat
air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ksiar :~
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara-cara :


Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, kiub ikan bilis dan serai yang diketuk hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan air biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan pekat secukupnya untuk kuah. Guna api sederhana, bila kuah mendidih masukkan udang hidup dan sayur-sayuran.  Kacau rata.  Masukkan juga tauhu dan tempe yang digoreng, fucuk serta soo hoon.  Gaul rata kemudian masukkan cili merah yang dipotong serong, garam serta sedikit gula. Biarkan merenih, bila mendidih rasa pun sudah okay, bolehlah padamkan api.


RESEPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
Air
Garam dan gula secukupnya
Asam jawa
1 batang serai diketuk

Bahan kisar :-


4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
10-15 tangkai cili kering


Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali masukkan minyak.  Tumis bahan2 kisar dan serai yang diketuk hingga garing dan bangkit baunya.
2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi.  Kacau perlahan2.
3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya.  .
4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi impit dan sate.




Raya nanti datang rumah k.gee yer...



14 comments:

Mel said...

assalam kak gee..kecur air liur tengoknya..rumah di mana?kot..kot dekat, boleh menyinggah & berkenalan time raya nanti..

rahel said...

betul la..aura raya suda mari....tengok kuah lodeh n nasi impit tu tak tahan la...

Tina Othman said...

Sedapnya kak gee

Mmg feeling raya betullah

mrs.smile said...

As'salam kak Gee..dah masuk aura raya ye kak..terliur dah MS pepagi nie tengok kuah lodeh dengan kuah kacang tu..

Norzila Zakaria said...

aiyakk terliur zila kak oii..dpt semangkuk utk buka posa jap gi mesti best ni..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Gee..Sedap plak tengok set hidangan ala-ala raya kak Gee ni...

Bbwana adienia said...

salam kak..

paling berkenan dengan nasi impit dengan kuah kacang tu..memang best!

Kak Rose said...

uwaaaaa.... nasik impit sate goreng. sedapnya. x la asik makan ngan rendang je kan... satu kelainan!

fazianbatrisyia said...

ala sayu la pulak...cam raya jek tapi masih keje kat opis lagi...sedap tu menu cam tu...sy suka

dZana said...

wahhh.. ada sate grg pulak.. klau dekat boleh akak tumpang oder.. sng bila2 teringin nak mkn sate..takyah asap2 bagai..seronok anak2 dpt menu raya..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum.
Wahhh..sungguh memikiat selera..mmg aura raya dah makin hampir ni...

tun_telani said...

wahh.. mmg complete set menu pagi raya nih! mantapp!

Putri said...

kak gee membangkitkan mood raya saya la pulak
tapi kat perak ni lodeh susah skit nak jumpa time raya..

hana said...

kak.gee... raya nanti nak tempah! mls masak... hihihi

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015