Thursday, June 27, 2013

Doa buat kami...



Ya Rabb, apakah kami sedang diuji?

Mampukah kami.. berhadapan dengan berbagai halangan dan cabaran yang menerpa tanpa diduga..

Ya Allah, kami hadir dengan doa dan harapan..  kerana hanya padaMu kami serahkan segala kebergantungan ini, Ya Allah.

Andai kami lemah, Engkau kuatkanlah kami.. Ya Allah

Andai kami jatuh, Engkau bangunkanlah semula semangat kami..

Andai kami kalah..suburkanlah rasa pasrah di jiwa kami Ya Allah.. kerana kami bimbang jika kami kehilangan redhaMu YaAllah...

Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami andai kami tersalah atau terlupa, kurniakanlah ilmu dan hikmah ke dalam hati-hati kami yang bermanafaat untuk kami teguhkan hati kami ini untuk beramal dengannya...

Amin ...
Semoga ALLAH merahmati...

15 comments:

asyifamustaffa said...

aminnn...moga segalanya dirahmati...dan dipermudahkan kak....
insyallah....

fazianbatrisyia said...

semoga hidup & mati kita dlm redha Allah.

ibundo said...

Berat sangat ke gee. Semuga Allah bersama kalian. Bumi mana yg tak ditimpa hujan. Lautan mana yang tidak bergelombang.. tabahkan hati jiwa dan raga. Amin atas segala doa.

zila norazila said...

smoga tabah mghadapi apa jua ujian dari ALLAH..aminn

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Kgee
semoga sentiasa diberi kekuatan
kita memang sentiasa diuji...kadangkala ujianlah yg membuatkan kita lebih kuat mengharungi apa shj.
insyaAllah...

Gee® said...

Asyifa Mustaffa, fazianbatrisyia, Ibundo, Zila norazila, Mama sara nur >

Terima kasih atas nasihat dan sokongan... K.gee terharu... semoga kalian dipelihara Allah selalu...

cik cek said...

Semuga dipermudahkan segalanya Gee...segalanya rahsia Allah...hanya dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya...tabah..kuat...redha menerima setiap ketentuanNya...pasti ada jalannya...Insyaallahhh...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Gee...

Semoga bersabar & tabah dgn ujianNYA ya Gee.. teringat akak setahun lepas kami di uji yang begitu berat sekali.. pelbagai rintangan yg harus dilalui.. tp alhamdulillah.. skrg segalanya telah selesai.. syukur Allah masih sayangkan kami..

Ummi said...

Ameen...Semoga Gee tabah dgn dugaan Allah ini, tanda dia sayangkan kita dan mahu kita terus dekat denganNya..banyakkan bersabar?
Apa halnya Gee, kot ada kami di sini boleh bagi fikiran dan bantuan ke..? InsyaAllah.. Salam sayang dr akak..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Amin.... semoga segalanya dipermudahkan..
Rabbi yassir walatu'asir..

chah said...

Kalaulah boleh saya bersama k.gee utk harungi semua tu...tapi walau sedekat manapun saya boleh datang Allah jualah yg Maha Dekat dgn hambaNya. Doa saya agar k.gee tenang2 dan tabah utk menghadapi apa jua dugaan tu. Anggaplah ini adalah proses utk Allah nk upgrade tahap kesabaran n keimanan kita yg mana x semua org menjadi pilihanNya..

Gee® said...

Cik cek, MaDiHaA a.k.a Ratna, Kak Ummi, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Chah >

Terima kasih atas simpati & kasih sayang anda semua... hanya Allah jua membalasnya...

Amie said...

Amin ya Rabbal alamin... mudah-mudahyan Gee terus tabah!

Qasey Honey said...

amin...insyaallah kak semoga semuanya nti akan dpermudahkan

Marsita Yahya said...

Amin...semoga Kak Gee tabah mengahdapi segala ujian dari Nya.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015