Salam Jumaat semua... Moga hari ini hari yang lebih baik dari hari semalam... Mari kita mulakan hari ini dengan hati yang syukur dan ceria serta fikiran yang baik-baik kerana kebahagiaan dan ketenangan ada dalam setiap kesyukuran.
"Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Amin."

Hari ini menu ringkas lagi... sup ikan merah...ala-ala lauk orang demam... demam rinduuuu gitew... hehehe
SUP IKAN MERAH
1 ekor ikan merah - bersaiz sederhana ( dicuci bersih dan dikerat )
1 bungkus sup bunjut
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1 liter air
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak
Bahan hiasan :
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
Caranya :-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia yang ditumbuk kasar. Masukkan ikan merah, sup bunjut dan kacau rata. Tambahkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih. Jika suka boleh tambahkan tomato dan batang celeri dan sebagainya. Sesuaikan rasanya dan tutup api. Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sudi-sudikan lah...
11 comments:
my pebret..here i come kak gee
Assalamualaikum gee... sedap tengok sup tu...
nyumm!! tun kalau ikan merah mmg akan wat sup. sedap.. pastu kepala dia simpan wat kari.
sedap tu, sy suka ikan merah
Ala2 Demam2 eh? tp selera tekak raja juger tuh..hehe... Amin ya eabbal a lamin...tq for sharing kak gee
ikan merah mmg sesuai buat sup kan kak gee..zila suka hirup kuah tue...dapnyaa..
salam kak gee..
bestnya sup ikan..
sedapnyer gee.. lama tak msk ikan merah.. mmg sedap dibuat sup mcm ni..
Sup ikan merah yang mengancam...sesuai utk i dan juga pdyg tengah on diet...
Assallamualaikum..
Ikan merah mmg la fav utk wat sup..sedap.. pernah cuba masak lemak cili padi tak? Best jugak tau!
sedapnya kak..baik utk diet..hehe
Post a Comment