Tuesday, June 4, 2013

Kuih lapis 'traffic light'


Assalamualaikum... syukur alhamdulillah ya robb masih dapat meng'hidup'kan blog ini walaupun sehari dua ini masih bersedih hati di atas kehilangan seorang sahabat yang sangat disayangi.... kehilangan buat selama-lamanya... innalillahiwa inna ilaihi rajiun... moga roh Kak Yan berada dalam kalangan orang2 yang beriman... amiin... al-fatihah


Apapun kita yang tinggal perlu meneruskan kehidupan... Ok, menu k.gee hari ini kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran k.gee dan keluarga... memang selalu k.gee buat kuih lapis ini cuma kali ini atas request si eQa k.gee buatkan warna-warni yang meriah macam traffic light... cuma susunan saje yang tersilap sikit... hehehe... Resepi nya k.gee angkut dari dapor chef idola k.gee lah... siapa lagi kalau bukan si jejaka CMG... terima kasih Che Mat... kuih yg sangat sedap...



KUIH LAPIS TRAFFIC LIGHT
Resepi asal : Kuih Lapis Nyonya a.k.a kuih Genggang


Bahan A :-)


150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B :-)

180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili


Cara membuatnya :-)

1.Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.

2.Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.

3.Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.

4.Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!



Kuih lapis berwarna warni,
Makan bersama sanak saudara,
Sahabat yang hilang tiada pengganti,
Moga kau tenang dan bahagia di sana...

Al fatihah.....



12 comments:

Mel said...

Nampak enak & menarik kuihnya tu kak gee..

Moga ditempatkan roh kawan kak gee tu dikalangan orang beriman. Al Fatihah

Sury Abil said...

Salam kak gee,alfatihah..takziah buat kluarga sahabat kk gee tu.
Ada trafik light kat sini tu le kena stop kejap...heee...cantekkk kuih nya..halus mulus je..psstt prop lawa le..mana beli :-)

Gee® said...

Sury Abil >
props? hehehe... gadget2 biasanya beli di Parkson, SSF atau kedai 2 hinggit... tgk keadaan...

zila norazila said...

takziah jgk dari zila kak gee..
kuih chumill..kemas jew cara potong kuih tue kan..:)

zila norazila said...

takziah jgk dari zila kak gee..
kuih chumill..kemas jew cara potong kuih tue kan..:)

Bbwana adienia said...

salam kak..

cantiknya kuih lapis..cantik kaler..kalau buat sayang pula nak makan sebab cantik..hihi..

tun_telani said...

Salam kak gee..rajinnya melapis. suka tgk warna dia. cantik!

rahel said...

Wah...makcik jeles nengok kuih lapis trapik tu..

Ummi said...

Weeee....Gee, lenkali pandai2lah cari lorong rumah kelabu putih tu yeaaa....senang jer nk dtg hantar kuih ni, no traffic light pun...pastikan seloyang yea, bukan setengah...hehe

Chah said...

Wehuuu....k.gee...walopun yg ijo tu izin mcm x izin aje nk lalu tp lawalah plak bila jd kepala ijo gitu...hehe...nk hangkut srkali ngan loyang love tu! Syantekkk

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Bila tiba lapis warna merah kena berhenti mkn ni gee :D

Amie said...

al-fatihah buat allahyarhamah Kak Yan... moga rohnya tenang di sana...
kuih tu kan Gee mengancam mata yang memandang terus menggoda selera...cantik sangat kombinasi warnanya tu!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015