Wednesday, June 19, 2013

Mee kari


Rezeki kita hari ini ialah mee kari yer... rezeki mata lah, kan... hehehe... biasanya memang mata lah yang cepat lapar... cepat terliur dan dia jugak lah yang cepat tergoda.... betul gitu? tambah-tambah bila berada di bulan puasa.... siap lah mata melilau di bazaar Ramadhan di pasaraya... tengok itu sedap... tengok ini sedap... itu nak... ini nak...haish!! tak adil.... kesian mata...  semoga Allah beri kita hidayah dan kekuatan melawan hawa nafsu yang melampau.... jom jihad !


Mee kari ini menu ringkas dari k.gee... k.gee memang peminat tegar kari tau! mee kari laksa kari kuah kari... tapi bukan kari mamak style yer... gee-hut style... !! ringan dan simple sambil layan tekak anak-anak....  




MEE KARI

Bahan

1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Isi ayam ( dipotong kecil )

Bahan Kuah:


4 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 inci halia - kisar
3 sudu rempah kari
200 gm udang hidup
1 cawan stok udang (rebus kulit dan kepala udang dan ambil airnya )
1 liter santan
1 mangkuk air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan iringan :
Tauhu goreng dan hiris
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau nipis / kasturi
Sawi
Taugeh
Cili jeruk (fav hb)


Cara Penyediaan :

  1. Tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kari.. tumis sehingga wangi dan naik minyak. 
  2. Masukkan isi ayam, udang dan stok udang dan kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan santan dan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, gula air asam jawa sambil tu dikacau selalu.
  5. Biar sampai mendidih.  Kalau suka boleh masukkan fish ball dan fish cake.. k.gee tak letak sebab tak suka makan...  
  6. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur dan bahan-bahan iringan yang digemari.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati...
la la la la....


7 comments:

Kak Rose said...

walaupun dah makan, mata ttp lapar tengok mee kari Gee ni..godaan sungguh kan?

Bbwana adienia said...

terliur tengok mee kari tu..

Mori Said said...

Fav mori nie... Sedaaapnyer

Amie said...

Gww,
dari mata turun ke mulut ke turun ke perut he he ehh... dari mata terus berselera kot!
Mi kari ni memang popular betul jadi pilihan hidangan buka puasa.

ibh_sue said...

Mee Kari...Paberet. Ni nak pose mee kari lah menu ulang2..

zila norazila said...

salam syg kak gee..
singgah sini nk tumpang mkn mee kari..sedap nie kak..klu mls msk nasi leh buat nie:)

Qasey Honey said...

wah fav QH ni kak...sedapnya..kecur + ngecesss

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015