Tuesday, June 18, 2013

Nasi briyani & rakan-rakan


Apa nak cerita hari ini yer? Buntu.... !! kata blogger Ben Ashaari... "nak cerita apa pon, cerita laaa .. tapi kena la bijak mengolah !"... betul tu Ben, k.gee setuju... cuma belum ada idea lagi untuk berceloteh hari ini... so terus saje ke dapor gee-hut bersama simple nasi briyani dan rakan-rakannya, ayam masak merah dan acar timun... Menu ini untuk tetamu k.gee yang berkunjung ke rumah di hujung minggu baru ini... asalnya nak mencuba gulai kawah dan nasi briyani kambing tapi tak kesampaian sebab tak cukup bahan-bahannya... InsyaAllah kalau ada rezeki nanti k.gee teringin juga mencuba gulai kawah orang Kelantan yang memang menambat selera tu...  


SIMPLE NASI BRIYANI

Bahan-bahan

* 500 gram beras basmati (dibasuh dan ditos)
* Air secukupnya
* 4 sudu teh minyak sapi
* 2 biji bawang merah di hiris
* 1 inci halia
* 4 ulas bawang putih
* 2 sudu serbuk briyani
* Rempah penumis
* Daun pandan

Cara-caranya:

* Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dihiris sehingga naik harumannya. Masukkan pula rempah briyani yang dibancuh sedikit air.
* Masukkan air... tunggu sampai mendidih

* Masukkan pula beras.  Kacau.
* pindahkan periuk ke dalam rice cooker.  Biar nasi masak
* Apabila nasi masak, taburkan bawang goreng, kismis dan daun parsli di atasnya.



AYAM MASAK MERAH

Bahan A:

1 kg ayam (dipotong, dibersihkan, gaul dengan garam kunyit dan goreng)

Bahan B (ksiar):

4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cilikering
2 sudu makan tomato puri
i inci halia




Bahan C:

1 biji tomato dibelah empat
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam dan gula secukup rasa
sos tomato dan sos cili secukup rasa

Cara memasak:

* Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
* Masukkan ayam yang sduah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati. 
* Masukkan pula bahan C dan biarkan mendidih.
* Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
* Sedia untuk dihidangkan.



ACAR TIMUN

Bahan-bahannya :-

* 1 batang timun dihiris memanjang.
* 1 batang lobak merah dihiris halus memanjang
* 1 biji lada besar - dimayang
* 3 ulas bawang merah dimayang
* 3 sudu besar cuka makan
* 4-5 sudu besar gula pasir
* garam secukupnya

Caranya :

Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra.  Sedia untuk dihidang.

 

Mak ! nanti buat nasi briyani gam pulak yer... kata eQa...
hehehe... insyaAllah yer sayang....


9 comments:

JaSSNaNi said...

assalam..
wow.. complete set.. cukup dengan lauk, salad dan nasi.. nyum nyum..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedap tu Gee... rajin sungguh masak, siap dgn lauk pauk dan regu yg complete tu :D

Amie said...

Ha ha ahhh... ketawakan diri sendiri dulu bila baca ayat tentang Gee tak tahu nak tulis apa.
Kak Amie pun kadang2 rasa gitu, dah terlampau banyak sangat kot entri sampai tak pandai dah nak olah mukadimahnya hihihiii... kalau entri resepi rasanya nak tulis je resepinya pastu noktah... ada ke macam tu Gee?
Nasi briayani Gee tu mesti banyak ceritanya sebab banyak gangnya tu...

hazila said...

Alangkah bagusnya kalau saya duduk sebelah rumah kak Gee, boleh hulur pinggan je...

Bbwana adienia said...

salam kak..

ui, menariknya menu tu..terliur sangat ni..selalu dapat makan nasi briyani ni di kedai oney@mamak ja..huhu..

Mori Said said...

sedap nye menu... maveles sungguh...

ady said...

salam
wahhh!!!bestnye nasi briyani dan rakan2 .terliur ..

tun_telani said...

Salam kak gee.. sedapnyerr! dh lama x makan nasi beriyani.

Qasey Honey said...

sedanyaaaaa menu ngn rakan2 tu..mabelessss

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015