Selamat petang anda di luar sana... sedang buat apa tuuu...? al-maklumlah... selepas makan tengahari dengan hidangan yang penuh keliling meja pastinya perut pun sudah membusung semacam dek kekenyangan kan... mula lah terlentang melepak-lepak di depan TV sambil mata pun terkebil-kebil makin melayuuuuuu jer... kan? huwaaaarggg... mengantuknyaaa.....
Cop..cop!! jangan lena lagi... mari layan snek kudap-kudapan kampung style dari dapor gee-hut ini dulu... pedas tapi sedap tau...! Jom layannnn....
BILIS DAN KACANG BALADO
1 cawan kacang tanah
20 gm ikan bilis halus
Bahan kisar :-
10-15 biji cli padi
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
Caranya :-
1. Panaskan kuali beserta minyak dan goreng kacang dan ikan bilis berasingan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Kacau.
3. Tambahkan garam dan gula dan kacau sehingga kering.
4. Tutup api dan biarkan minyaknya tos sekejap.
5. Curahkan ikan bilis dan kacang yang sudah digoreng tadi dan gaul hingga rata.
6. Sejukkan dan boleh dimakan bersama nasi atau sebagai kudapan di depan tv. Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan sedia dimakan bila-bila masa.
Simple dan pedas tapi berbaloi-baloi.... cubalah!
9 comments:
hebat ni kak gee..krup krap krup krap dpn tv xjd tido le ni ye..bak sikit
Assalamualaikum Kak Gee....Ni klu kena ikan bilis yang halus2 lagi sedapppp ni...goreng garing2 pas tu krup krak sampai tak hengat habis stengah balang....
Bulan puasa nanti bagus simpan stok, maklumlah kadang kala nak sahur tak berapa rajin sangat nak masak.
Memang sedap ni Gee... Encik Suami suka makan gini, memang tak boleh simpan lama2 di dapur! Habis dia makan sendiri!
salam kak gee ..memang sedap la buat kudap-kudapan dok depan iv habis sebalang hihi
Kalaujumpa yg ni konfirm tak le berenti kunyah2...asik nak kruk krak kruk krak jer....
salam kak..
memang best makan kudapan gini apalagi time tengok tv..terbaik.
sedapnya, kalau menu mcm ni mmng sedap ratah2 gitew je..kan..
aduhhh kak ni fav time sekolah2 dlu..ssh nk benti mkn klau dh ngadap ni..hehe
Post a Comment