Monday, July 1, 2013

My Little Star @ SUKMA 2013


Assalamualaikum... syukur ke hadrat Ilahi... rupanya Allah berikan kami sinar cahaya selepas mendung melanda beberapa ketika... Subhanallah... terima kasih Ya Allah... dan jutaan terima kasih juga kepada sahabat handai, rakan taulan dan sanak saudara yang sentiasa memberi sokongan, nasihat dan kata-kata semangat buat k.gee menghadapi detik2 kesedihan yang melanda kami sekeluarga... hanya Allah jua yang membalas jasa baik anda sekalian...  


Hari ini k.gee ingin kongsikan pula kegembiraan sempena kecemerlangan anakanda sulong k.gee Amirul Asyraf bersama skuad equestrian Negeri Pahang mendapat pingat Perak di SUKMA Kuala Lumpur 2013 yang berlangsung di Putrajaya semalam... Tempat pertama dimenangi oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor di tempat ketiga...


Terpancar kegembiraan di wajah para 'rider' bersama pingat kemenangan mereka... syabas dan tahniah!


Tercapai juga impian dan cita2 Along untuk beraksi di Sukan Malaysia setelah beberapa tahun menunggu peluang terbaik ini... syukur dan syabas anakanda...


Para 'rider' yang bakal menjadi atlet mengharumkan nama negara suatu hari nanti...

Along bersama Tito kesayangannya...

   Lompat Tito...lompat!!
Yeaaaahh...!!!


Terima kasih Ya Allah dengan nikmat dan rezeki yang Kau kurniakan...

6 comments:

asyifamustaffa said...

tahniah buat k.gee sekeluarga....:-)

fazianbatrisyia said...

bestnya...tumpang gembira. Tito tu kak gee beli & jaga sendiri ke?

Gee® said...

Asyifa > Mekacih

Gee® said...

fazianbatrisyia > hehe... Tito tu kelab yang punya... anak k.gee join kelab Equestrian Negeri Pahang sejak dr sekolah lagi...

ibundo said...

Tahniah buat along.. bestnya.

Qasey Honey said...

tahniahhhhh

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015