Wednesday, July 24, 2013

Kuih lapis cendol


Jangan marah yer pepagi sudah tayang makanan itu ini... bulan puasa memang seronok kalau bercerita pasal makanan...cerita menu berbuka menu bersahur dan yang paling best menu tak bangun sahur... huuuu tak terkejut tidur!! kesiaaan.... hehehe...


KUIH LAPIS CENDOL
Rujuk Dapor : CTDelima
Resepi asal : CMG
Suairasa : gee-hut


Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1/2 cawan gula
3 cawan santan
Sedikit garam

Bahan Lain:
1/2 cawan air gula merah (masak gula merah bersama 1 cawan air)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi dua sama banyak.
2. Satu bahagian dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.

3. Satu bahagian lagi dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi sama banyak. ketepikan.

4. Panaskan kukusan dan lenserkan loyang 8x8x3 inci dengan sedikit minyak. Kemudian tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah perlahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan).

5. Lakukan lapisan seterusnya dengan 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah. Kukus selama 10 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.


Bulan puasa kena banyak bersabar yer...
heeee.... peace!


9 comments:

Liza said...

mmg menarik betul rupa kuih lapis cendol tu, rasa dia pun mst sedap kan...

Mas said...

cantikkk....
kuih pun nmpk lembut jerkkk

norhanim md zain said...

dah banyak kali asyik tertangguh nak try lapis cendol nie..tu pulak hari ni dapur Gee pula dok tayang...memang kena try le...cantik sangat..:0)

Azian Nd said...

Nampak lembut dan lembab aje...sesuai utk berbuka...

Amie said...

Daku pun sabar je neengok lapis cendol tu hiks..

Ayu said...

memang sedap dibuat pemanis mulut lepas berbuka ni ...:)

Tina Othman said...

Sedapnya

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Gee,K.atie lom pernah msk kuih lapis cendol ni..tp mmg nampak sedap tuh!Mai cikitttt...

rahel said...

Semalam lagi ingat nak buat gak pudding cendol sebab cendol yg kita buat tu masi ada berbaki dlm esbok...nyaman.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015