Thursday, July 18, 2013

Daging masak lemak cili padi


Assalamualaikum... sedang buat apa tu...? Sudah siap ke juadah untuk berbuka hari ini...? Hamboiiii... pantasnya... bolehlah goyang kaki yer... k.gee masih terkial-kial dok membelek resipi apa untuk iftar hari ini... pagi tadi ada hb cadangkan makan roti canai saje cecah kuah dhal katanya... ermmmm... bagus juga idea hb tu... lagipun masak lemak daging semalam pun masih berbaki... bolehlah digandingkan sekali... nampak gayanya emak lah yang kena menguli doh roti canai... anak2 memang suka roti canai yang wan (nenek) mereka buat.... lazat kata eqa... garing di luar dan lembut di dalam... lemak pulak tu... gerenti berkeping-kepinglah untuk k.gee seorang.... hehehe...



Masak lemak cili padi ini memang favourite k.gee dan famili... sengaja buat lebih sebab bukan saje sesuai dimakan dengan nasi malah boleh dimakan bersama roti, roti canai, roti jala atau lempeng kelapa pun boleh... so, kalau ada kuah lebih jangan dibuang yer... kitar semula!!  



DAGING MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-Bahan:

500 gm daging batang pinang
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Segenggam cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping asam gelugor
2 batang serai
3 biji kentang
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara-Cara Memasak:

1. Daging dihiris nipis-nipis. 

2. Blend cili api, bawang merah, b. putih, halia dan kunyit hidup dgn sedikit air...

3. Masukkan daging yang telah dihiris bersama bahan2 kisar ke dalam kuali.   Jika perlu tambahkn sedikit air.  Masak sehingga daging empuk.

4. Kemudian masukkan santan cair, kentang yang telah dipotong, serai dan daun kunyit.
5. Bila kentang sudah empuk, masukkan pula santan pekat, asam keping dan garam secukup rasa.

6. Biarkan menggelegak dan kuahnya pekat. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Selamat memasak dengan penuh kasih sayang
masak dari hati yer...

5 comments:

Ayu said...

assalam gee,
tapau sikit buat lauk sahur ..hehe
sedap ni ..:)

fazianbatrisyia said...

Semalam pun menu daging...tapi MIL sy masak la...daging asam pedas.

Gee® said...

Ayu > boleh aje dengan syarat hantar tart kentang sepiring yer... hehehe

Lina Bun said...
This comment has been removed by the author.
Linabun said...

Gee... apa khabar.. kau masak apa untuk berbuka hari ni..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015